Klopp Akui Liverpool Tidak Cukup Bagus

Share on facebook
Share on twitter

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui skuad kendaliannya tidak cukup bagus ketika tewas di tangan Napoli 1-0 dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awala pagi tadi

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadio San Paolo, Lorenzo Insigne menghancurkan hati peminat Liverpool seluruh dunia apabila menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk mengesahkan tiga mata untuk pasukan dari Itali tersebut.

Muka redho Klopp selepas melihat Liverpool diayamkan Napoli

Napoli berhak meraih kemenangan dalam perlawanan tersebut selepas melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu Liverpool namun ketangkasan Alisson Becker sering kali mengecewakan bahagian serangan Napoli. Liverpool pula seperti hilang taring dan langsung tidak membuat percubaan tepat ke arah pintu gol Napoli yang dikawal David Ospina.

Ia juga merupakan kali pertama sejak Liverpool tewas kepada Benfica 1-0 pada Februari 2006 di mana mereka gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat ke arah pintu gol pihak lawan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Dalam sidang media selepas tamat perlawanan, Klopp mengakui Liverpool tidak bermain dengan baik dan Napoli berhak meraih 3 mata dari perlawanan tersebut.

Lorenzo Insigne merobek hati peminat Liverpool Next Year Is Our Year

“Tiada percubaan tepat ke arah pintu gol lawan. Saya tidak ingat kali terakhir perkara ini berlaku kepada Liverpool.”

“Saya rasa kami bertanggungjawab atas statistik buruk itu kerana pasukan ini mampu bermain dengan lebih baik. Langsung tiada percubaan tepat. Napoli bermain dengan cukup baik dan kami tidak. Sebab itulah mereka berhak meraih 3 mata.”

“Punca utama persembahan buruk Liverpool tadi datang dari saya. Sekarang saya memerlukan satu malam untuk menonton kembali perlawanan tadi dan menilai balik apa kesalahan yang telah kami lakukan.”

“Saya yakin kami akan dapat mencari punca kekalahan dan menyelesaikannya secepat mungkin. Tetapi malam ini, kami tidak cukup bagus dan kebiasaannya jika anda tidak cukup bagus, anda akan tewas.”

Naby Keita terpaksa diusung keluar di tengah perlawanan

“Permulaan perlawanan tadi OK tetapi pergerakan pasukan ketika bertahan tidak cukup bagus. Kami gagal menutup ruang pada waktu yang tepat dan tidak bertindak balas dalam keadaan yang sesuai. Sebab itulah Napoli mampu bermain dengan baik menentang formasi kami tadi.”

“Perkara macam ni akan berlaku tetapi tidak lah terlalu kerap seperti yang berlaku dalam perlawanan tadi. Ia menyebabkan kami kehilangan tenaga yang banyak. Sebab itulah apabila anda mempunyai penguasaan bola, anda perlu bermain dengan lebih tenang.”

Ancelotti the Kop Slayer

“Separuh masa pertama macam OK tetapi spearuh masa kedua memang tidak cukup bagus. Petanda buruk buat pasukan apabila pemain terbaik perlawanan adalah penjaga gol anda.”

Dengan kekalahan tersebut, pengurus Napoli Carlo Ancelotti meneruskan rekod baik beliau menentang Liverpool dengan mengumpul 6 kemenangan dan hanya tiga kali kalah.

BACA:  Jurgen Klopp Dikaitkan Untuk Mengisi Kerusi Panas Di Allianz Arena
Share on facebook
Share on twitter