Klopp Berada Diatas Wenger Dalam Senarai Pengurus Terbaik Sepanjang Zaman Cetus Kontroversi

France Football telah mengeluarkan senarai 50 pengurus bola sepak terbaik sepanjang zaman dan ternyata senarai itu telah mencetuskan kontroversi yang menjadi perdebatan dikalangan peminat bola sepak.

Kontroversi ini melibatkan pengurus kelab paling hebat di muka bumi ini, Liverpool Jurgen Klopp yang berada di atas bekas pengurus Arsenal yang lemah dan lembik, Arsene Wenger.

Insan yang berada dikedudukan pertama dalam senarai pengurus terbaik sepanjang zaman adalah lagenda Ajax, Barcelona dan Belanda, Rinus Michels. Tak kenal? Matilanak.

Rinus Michels telah membawa Ajax menjulang European Cups yang kini dikenali sebagai Champions League 3 kali berturut-turut dan membolehkan Ajax mendapat Badge of honour lalu menjadi kelab elit Eropah.

Inilah senarai 50 pengurus terbaik sepanjang zaman oleh France Football :

27. Klopp dan 32. Arsene Wenger. Imej : The Sun.

Senarai yang dikeluarkan oleh France Football ini menyenaraikan 50 pengurus ini berdasarkan :

1. Jumlah trofi yang dimenangi ketika bergelar pengurus.
2. Pengaruh dalam perlawanan.
3. Personaliti.
4. Bagaimana mereka mempengaruhi pengurus lain mengikut jejak mereka dengan falsafah yang mereka pegang.

Berdasarkan kriteria inilah kontroversi ini tercetus. Apakah kehebatan yang telah dibawa oleh Klopp sehingga berada di atas Wenger?

Untuk rekod Jurgen Klopp telah memecahkan dominasi Bayern Munich dengan menjulang dua gelaran Bundesliga dan German Cup ketika bersama Borussia Dortmund.

Bersama Liverpool selama 3 tahun setengah Klopp kemarau sebarang trofi, tewas di final Champions League dan mungkin bakal mengakhiri kemarau musim ini. Mungkin jelakan?

Selama 22 tahun Arsene Wenger bersama Arsenal, pengendali berbangsa Perancis itu telah memenangi 3 gelaran Premier League, 5 dulang komuniti dan mara ke final Europa Cup dan Champions League.

Masakan dilupa Wenger membawa Arsenal menjulang Premier League dengan skuad ‘The Invincibles’. Muncul juara tanpa sebarang kekalahan pada musim 2003/04.

Wenger juga telah diberi kredit kredit telah memodenkan bola sepak Inggeris dengan permainan yang sangat menarik dan membawa beberapa idea baru.

Diego Simeone juga berada satu tangga diatas Wenger. Tak ketum mesti gam ni.

Baca Juga

Baca Juga