Klopp Beritahu Sporting Director Liverpool Inilah Pemain Yang Dimahukannya

Pengurus Liverpool, Jurgen Kloop telah memberitahu Sporting Director Liverpool, Julian Ward dalam penerangan untuk jendela perpindahan musim panas inilah pemain muda yang dia mahukan seboleh-bolehnya.

Liverpool dan Jurgen Klopp kini dalam perancangan memperkasakan pasukan dengan membina pasukan untuk terus mengekalkan status mereka sebagai pasukan gergasi yang digeruni di Eropah.

Pemergian Sadio Mane ke kelab Bundesliga, Bayern Munich segera diganti Jurgen Klopp dengan perpindahan mega pemain penyerang sensasi Benfica, Darwin Nunez.

Untuk terus mengekalkan prestasi diperingkat tertinggi dan Liverpool bukan lagi dalam proses pembangunan untuk membina pasukan yang menjadi pencabar tetapi membina pasukan untuk menjadi juara.

Tiada pilihan lain untuk Jurgen Klopp selain berbelanja besar mendapatkan pemain berkualiti tinggi yang dapat menggalas cita-cita yang besar itu.

Menurut laporan The Mirror, Jurgen Klopp dengan jelas telah memberitahu Julian Ward bahawa dia memerlukan pemain muda yang mempunyai pelbagai fungsi yang mempunyai teknik dan athletism yang mampu mengemudi disegenap jentera tengah.

Pemain tengah sensasi ketika ini yang benar-benar dimahukan serta dikejar-kejar oleh Klopp dan Ward adalah Jude Bellingham yang mampu menjadi jeneral ditengah padang.

Walaupun dia masih baru 18 tahun, dia mempunyai pengalaman yang banyak di Bundesliga dan Liga Juara-Juara untuk kelabnya sekarang, Borussia Dortmund.

Bellingham juga telah mengumpul 15 caps bersama England, satu rekod mengagumkan bagi pemain diusianya dan merupakan satu-satunya pemain yang menyerlah untuk England dalam kempen UEFA Nations League yang sangat menyedihkan.

Jude Bellingham kini berada dalam radar pasukan gergasi Eropah termasuk Pep Guardiola, peluang untuk bekerja di bawah Klopp mungkin menarik minat pemain muda Inggeris itu kerana Klopp baru sahaja melanjutkan kontrak untuk tempoh empat tahun lagi.

Liverpool merupakan pasukan paling menyerlah di jendela perpindahan setakat ini dan sumber kelab telah melaporkan bahawa Jurgen Klopp telah menyelesaikan urusannya untuk musim panas ini.

Selain membelanjakan £85 juta untuk mendapatkan Darwin Nunez Liverpool juga telah mengikat dua pemain muda bagi melengkapkan pelan jangka pendek dan panjang.

Pemain sayap berusia 19 tahun, Carvalho telah disambar dari Fulham dan Calvin Ramsey berusia 18 tahun telah didatangkan dari Aberdeen.

Kedua-dua pemain muda berpotensi besar ini telah berjaya dirembat Liverpool dengan harga kurang daripada £10 juta sahaja.

Jendela perpindahan musim panas ini mungkin selesai untuk Liverpool mencari mecari mesin gol namun untuk tempoh 12 bulan mendatang Klopp dilaporkan mahu mencari pemain tengah berkelas dunia, Jude Bellingham menepati ciri-ciri itu.

Dengan status pemain kelahiran England, Jude Bellingham pasti tidak akan hadir dengan harga yang rendah serta masuk akal tetapi kontraknya sudah dipenghujung pada musim hadapan.

Pada hujung tahun lalu, Jude Bellingham hangat dikaitkan dengan Liverpool dan dikhabarkan akan menyertai Liverpool musim ini selepas membalas ciapan di Twitter.

Balasan Bellingham tanpa sebarang kapsyen dengan hanya sekeping GIF wajahnya sendiri di Twitter Four-Four telah ditafsir peminat Liverpool sebagai tanda bersetuju bahawa dia akan ke Liverpool.

Tidak lama selepas itu Bellingham telah memadam semula ciapan tersebut.

Walaupun beliau segera memadam tweet tersebut, namun para peminat lebih pantas untuk tangkap layar dan rakam layar muat naik tersebut sebagai bukti.

Pemain berusia 18 tahun itu merupakan antara pemain midfield paling berbakat dalam dunia bola sepak di benua Eropah, dan turut menunjukkan impak yang sungguh menakjubkan sejak dari awal ditandatangani oleh Borussia Dortmund.

Gergasi Bundesliga itu berjaya untuk melengkapkan pembelian bintang England itu dari Birmingham City beberapa tahun lalu, dan menjadikannya sebagai antara bintang terhebat dunia hari ini.

Penjaring gol termuda dalam sejarah Borussia Dortmund, Bellingham telah diundi sebagai ‘Newcomer of the Season’ oleh para pemain di Jerman selepas melihat aksi hebat yang beliau persembahkan.

BACA:  Klopp: Liverpool Tidak Perlu Berbelanja Besar Musim Panas Nanti