Klopp: City Tidak Jadi Juara Kalau Alami Krisis Kecederaan Macam Liverpool

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah membuat satu kenyataan yang berbaur hasad dengki dan iri hati apabila menyatakan bahawa Manchester City tidak akan bergelar juara Premier League kalau mengalami krisi kecederaan seperti Liverpool.

Jurgen Klopp nyata koyak selepas gagal mempertahankan gelaran Premier League yang dimenangi secara nasib pada musim 2019/20 dan musim ini Manchester City sudah mengesahkan gelaran selaku juara.

Liverpool bukan sahaja gagal mempertahankan gelaran dan kini bergelut dengan untuk melayakkan diri ke kejohanan paling agung Eropah, Champions League.

Pada suatu ketika hampis mustahil untuk Liverpool mendapat slot Champions League, namun sekali lagi elemen nasib menyebelahi apabila Leicester City dan Chelsea kehilangan mata.

Kini berbaki satu perlawanan lagi, Liverpool sepatutnya tidak bermasalah mencatatkan kemenangan dan memastikan slot Champiions League menjadi milik mereka.

Ketika bersiaran langsung bersama Sky Sports menjelang perlawanan terakhir Premier League mmenentang Crystal Palace, Jurgen berbicara menggunakan buah kalau.

Jurgen Klopp telah berkata:

“Sebuah pasukan bola sepak ni macam orkestra di mana ramai orang berkerjasama dan jika sorang hilang kau masih mampu boleh meneruskan persembahan, tapi kalau kau hilang dua orang maka ia menjadi sukar.”

“Inilah apa aku cakap sebelum ni, dengan sejumlah pemain kami cedera tidak terjadi ketika tahun kami bergelar juara. Tiada peluang untun sesiapa saja.”

“Sebagus mana pun, kalau tiga pemain pertahanan tengah City cedera, mereka takkan menang liga. Kalau tiga tiga pemain pertahanan tengah Manchester United cedera pun, mereka takkan juara.”

Walaupun ditimpa kecederaan, Jurgen Klopp kembali membawa Liverpool ke landasan yang betul dan tidak kalah dalam 9 perlawanan terakhir mereka untuk kembali ke top 4 buat pertama kali sejak februari.

“Kena pula cedera untuk semusim penuh, itulah dia.”

“Kamu lawan balik, menerima kesukaran dan melakukan yang terbaik dan jika kami menang ahad ni dan jika kami layak ke Champions League maka kami telah buat yang terbaik. Itulah dia.”

“Kami telah melakukan kerja yang baik tapi bukanlah yang kami inginkan.”

Semasa kempen memenangi gelaran Premier League musim lalu, Klopp sering memanggil pemainnya sebagai “mentaliti raksaksa”. Musim ini ia memerlukan ketahanan mental yang berbeza dan Klopp yakin ia telah menjadikan mereka lebih kuat.

“Ya itu sangat berarti bagi aku [menang gelaran]. Sudah jelas bahawa kami tidak akan sampai ke situasi ini jika para pemain tidak menunjukkan watak seperti ini. Mereka mempunyai watak yang sangat istimewa,” tambahnya.

“Kadang kala kami menderita, kami tidak mempunyai banyak pengaruh. Itulah sebabnya keadaan menuju ke arah yang salah, tetapi aku tidak pernah mempersoalkan watak atau mental pasukan ini.”

“Sekiranya anda pernah mempersoalkan watak pemain dalam tempoh yang tidak begitu baik, anda harus bertanya kepada diri sendiri mengapa anda melakukannya.”

Jurgen Klopp telah kehilangan pemain tengah berpengaruh, Virgil van Dijk kerana kecederaan lutut musim kemudian sebelum rakan seposisi, Joe Gomez turut cedera tiga minggu kemudian

Pada bulan Januari, Joel Matip – satu-satunya pemain pertahanan tengah yang masih ada turut mengikut jejak Virgil Van Dijk dan Joe Gomez.

Jurgen Klopp menggunakan pemain tengah Fabinho dan Jordan Henderson bermain bersama Nat Phillips dan Rhys Williams yang tidak berpengalaman di bahagian pertahanan.

Bahkan Klopp membawa masuk Ozan Kabak dan Ben Davies sebagai backup pada bulan Januari, kedua-duanya berdepan dengan masalah kecederaan.

Walaupun menjadi juara pada hari Krismas, kesan kecederaan akhirnya membuatkan pasukan Klopp terciduk dan mengalami kemerosotan pada tahun 2021 tetapi bangkit dengan tujuh kemenangan dalam sembilan perlawanan terakhir.

BACA:  Pep Guardiola Mahu Lihat Liverpool Kalah Demi Cintanya Terhadap Bayern