Klopp Dedah Kisah Pertemuan Pertama Beliau Dengan Sadio Mane

Pengurus pasukan paling power di muka bumi, Jurgen Klopp telah berkongsi cerita dan dedahkan tentang pengalaman pertama beliau bersemuka dengan pemain kebangsaan Senegal. Sadio Mane.

Pendedahan ini dibuat oleh Jurgen Klopp dalam sebuah video dokumentari yang bertajuk Sadio Mane made in Senegal,

Klopp awalnya mengikuti perkembangan Sadio Mane selepas mendapat maklumat daripada pasukan scouting beliau.

Menurut Klopp, beliau pernah cuba untuk mendapatkan Mane sejak dari dirinya menjadi pengurus Borussia Dortmund lagi.

Di dalam dokumentari tersebut, Klopp menyatakan bahawa beliau agak kurang teruja dengan perwatakan Mane apabila pertama kali melihat pemain itu.

Dan atas alasan itulah yang membuatkan beliau tidak menandatangani Sadio Mane lebih awal lagi.

“Saya ingat lagi waktu pertama kali saya bersemuka dengan Sadio Mane adalah ketika saya masih di Dortmund.”

Jelas Klopp menceritakan kisah pertemuan pertama beliau dengan Mane.

“Saya melihat seorang anak muda sedang duduk di satu tempat dengan memakai topi besbol, saya juga melihat ada garis perang di rambutnya ketika itu dan masih ada hingga sekarang.”

“Tanggapan pertama saya melihat dia, saya fikir dia adalah seorang penyanyi rap yang baru nak mulakan persembahan.”

“Dalam fikiran saya waktu itu saya rasa ah saya tak ada masa untuk semua ini.”

“Ketika itu pasukan kendalian saya boleh tahan juga, tetapi saya masih perlukan seorang pemain yang boleh menerima untuk menjadi pemain simpanan, dan juga seorang pemain yang boleh saya bangunkan.”

“Apa yang boleh saya katakan, saya ada jangkaan yang bagus tentang menilai seseorang. Namun pada ketika itu saya silap. Selepas dari itu saya mengikuti perkembangan beliau yang terus berjaya di Salzburg.”

“selepas berjaya di Salzburg, saya melihat beliau dominan bersama Southampton.”

Sadio Mane selepas cemerlang bersama Salzburg beliau telah menyertai Southampton dengan nilai £11 juta.

Lelaki yang dianggap rapper oleh Klopp pada awal pertemuan mereka itu telah mengajar pasukan kendaliannya pada Mac 2016.

Mane berjaya membantu Southampton membenam Liverpool 3-2 dalam aksi premier league di St Mary.

Mane sendiri pernah mengeluarkan kenyataan:

“Ketika di Southampton, kami bermain menentang Liverpool. Saya mulanya sekadar duduk di bangku simpanan. Kami ketinggalan dua jaringan pada babak pertama perlawanan.”

“Pada babak kedua perlawanan, saya telah di bawa masuk oleh Koeman. Pasukan kami kembali bangkit dan saya berjaya menjaringkan dua gol. Saya hanyalah pemain biasa yang sekadar memberi aksi terbaik untuk pasukan.”

“Klopp telah menghubungi ejen saya, dan kerana Liverpool yang menghubungi mereka, maka Southampton tidak mampu untuk menolak tawaran dari skuad the reds.”

Keputusan Mane untuk menerima tawaran ke Liverpool diraikan penuh gembira oleh Klopp lebih lagi apabila Mane menolak tawaran dari musuh utama the reds, Manchester United.

“Ianya hebat. Sadio Mane mahu bekerjasama dengan saya dan saya pun begitu. Jadi, ianya win win situation.”

Sadio Mane telah menjadi pemain penting dalam sistem Klopp. Membantu pengurus Jerman itu mengubah Liverpool ke satu tahap yang baharu.

Musim pertama bersama Liverpool, Sadio Mane membantu Liverpool kembali beraksi di pentas Liga Juara-juara.

Mane juga menjadi watak penting dalam membantu Liverpool mara ke dua perlawanan akhir liga Juara-juara.

Pada musim 2017/18 Liverpool sekadar muncul naib juara apabila tewas kepada pasukan Real Madrid. Musim berikutnya the reds berjaya untuk muncul juara buat kali keenam.

Dokumentari Sadio Mane made in Senegal telah disiarkan dan ternyata video itu sungguh memberi inspirasi.

Kisah perjalanan Sadio Mane yang sungguh mengagumkan.

BACA:  Mane Bakal Jadi Gandingan Baru Ronaldo Di Al Nassr