Klopp Hairan Macamana Liverpool Boleh Tak Menang

Jurgen Klopp menyatakan bahawa dia ada emosi bercampur baur seperti air katira selepas aksi cemerlang Liverpool pada separuh masa kedua.

Sambil menyatakan bahawa Arsenal pastinya merasakan bahawa 1 mata adalah keputusan lebih baik daripada kalah di Anfield.

Liverpool bangkit daripada ketinggalan 2 gol dan mengikat pasukan pendahulu liga Arsenal di Anfield.

Arsenal mendahului menerusi Gabriel Martinelli dan Gabriel Jesus. Namun Mohamed Salah dan Firmino berjaya menyamakan kedudukan untuk The Reds.

Selepas tamat perlawanan Klopp berkata: “Tipikal kami musim ini. Permainan hari ini sangat terbuka, sangat sangat terbuka. Mereka menjaringkan gol daripada situasi pertama dan kedua.”

“Reaksi kami selepas gol itu adalah bagus. Ianya satu perlawanan yang luar biasa sebenarnya.”

“Macamana kami boleh tak menang perlawanan ini dengan beberapa peluang lewat perlawanan itu, saya pun tak tahu,” kata Jurgen Klopp.

Pengurus itu terus mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri kepada Arsenal dalam EPL.

“Jadi sekarang ni saya terperangkap di antara gembira dan sedih. Saya tiada masalah dengan seri ini. Arsenal pasukan yang bagus, dan hampir kalah perlawanan ini.”

“1 mata adalah lebih baik untuk mereka.”

“Kami ada memiliki beberapa momen dan peluang, tetapi gagal disudahkan. Ianya memang agak tipikal kami musim ini.”

“Arsenal terbang dan menjaringkan gol daripada kesempatan pertama mereka. Gol itu membantu mereka dengan sangat kuat. Separuh masa belum berakhir. Ianya atmosfera luar biasa serta masa yang sangat baik untuk menyamakan kedudukan.”

Klopp kemudian terkejut kerana pasukannya tiba tiba menjadi sangat dominan pada separuh masa kedua memandangkan Arsenal adalah pasukan yang berada di prestasi terbaik mereka.

Kekesalan Klopp adalah ke atas beberapa peluang terbaik yang gagal disudahkan Liverpool terutama sekali daripada Ibrahima Konate yang mendada bola pada saat akhir. Percubaan itu diselamatkan oleh Aaron Ramsdale yang cemerlang menafikan 3 peluang keemasan Liverpool.

Sebelum itu Mohamed Salah turut gagal menyempurnakan penaltinya.

“Dan secara tiba tiba kami mengawal perlawanan yang gila ini. Kami berhak mendapat sekurang kurangnya 1 mata. Kalaulah Ibou [Konate] menggunakan kepalanya pada peluang lewat perlaanan itu, ianya gol. Tetapi dia mungkin tergelincir. Dia ada peluang di situ,” tegas Klopp.

Liverpool 2 Arsenal 2

Arteta berkunjung ke Anfield, dalam usaha mereka mahu melebarkan semula jurang mata kepada 8 mata sekali lagi.

Mikel Arteta menurunkan kesebelasan yang kuat di Anfield.

Arsenal seringkali hadir ke Anfield sebagai pasukan bukan pilihan. Namun kali ini ianya berbeza. Mereka adalah pasukan pilihan.

Dan Gabriel Martinelli meletakkan pelawat di hadapan seawal minit ke-8. Ianya adalah gol ke-25 Martinelli dalam EPL.

Arsenal banyak memberikan masalah kepada Liverpool menerusi high pressing mereka.

Liverpool akhirnya bolos lagi pada minit ke-28. Kali ini gol Arsenal adalah menerusi Gabriel Jesus.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-0 memihak kepada pasukan pelawat.

Tetapi Arsenal akhirnya dihukum pada lewat separuh masa kedua. Apabila Mohamed Salah menjaringkan gol yang merapatkan jurang gol untuk Liverpool pada minit ke-42.

Inilah kali pertama Arsenal mendahului 2 gol di Anfield sejak 2012.

Pada separuh masa kedua, Liverpool bermain lebih baik.

Dan akhirnya diberikan sepakan penalti. Tetapi Mo Salah mempersia siakan peluang untuk menyamakan kedudukan dari titik penalti itu.

Arsenal mendapat beberapa peluang keemasan. Antaranya menerusi hantaran lintan Martinelli yang hampir sampai ke kaki rakannya. Namun dihadang Robertson.

Liverpool turut memiliki peluang terbaik menerusi Darwin Nunez daripada situasi 1 lawan 1 tetapi diselamatkan oleh Aaron Ramsdale.

Arsenal memiliki peluang gol lagi daripada sepakan penjuru. Malangnya tandukan Gabriel Maghalhaes terus ke dakapan Alisson.

Beberapa minit selepas itu, pada minit ke-87, pemain gantian, Roberto Firmino menanduk masuk hantaran lintang kemas Trent Alexander Arnold dan menjadikan kedudukan 2-2.

Firmino terus menjadikan Arsenal sebagai lawan yang dia sukai. Dengan rekod golnya yang cemerlang.

Pada masa kecederaan Liverpool mendapat 3 peluang keemasan untuk memenangi perlawanan. Mo Salah melakukan first time shot tersasar.

Dan kemudian Ramsdale menggila melakukan 2 saves menafikan lencongan Salah yang terbias.

Dan kemudian menafikan dadaan Konate dari jarak dekat.

Tamat perlawanan Arsenal 2 Liverpool 2.

BACA:  Anthony Taylor Dari Manchester Dipilih Menjadi Pengadil Manchester United vs Liverpool