Klopp Koyak Dengan Soalan Murni Wartawan

Pengurus Jurgen Klopp telah menunjukkan sedikit rasa koyak dengan seorang wartawan selepas pasukannya tewas 2-1 kepada Leeds United dalam Liga Perdana pada Sabtu.

Namun dia kembali menyedari kekoyakan itu dan menjawab dengan lebih berhemah berkaitan dengan masalah pertahanan dan kreativiti pasukannya.

Walaupun mendominasi perlawanan dan juga beraksi di hadapan penyokong sendiri, Liverpool masih gagal untuk menyelesaikan pertarungan dengan satu lagi pasukan di kelompok bawahan liga.

Crysencio Summerville menjaringkan gol kemenangan untuk Peacocks pada minit ke-89 ketika The Reds mengalami kekalahan keempat dalam kempen itu.

Kedua-dua gol yang dibolosi adalah hasil kesilapan individu di bahagian pertahanan. Kesilapan berirama daripada Joe Gomez dan Alisson membolehkan Rodrigo Moreno meletakkan Leeds di hadapan pada minit keempat.

Manakala kegagalan Virgil van Dijk untuk mematikan ancaman menyaksikan Summerville menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.

Klopp ditanya sama ada keputusan buruk Liverpool disebabkan kesilapan individu dan bukannya prestasi pasukan secara keseluruhan. Dia menjawab:

“Prestasi pasukan sentiasa merupakan rumusan daripada persembahan individu. Ia sentiasa sama; ia tidak pernah berbeza, jadi bagaimana mungkin ia berbeza?”

Wartawan kemudian mengapikan lagi api kemarahan Klopp dengan berkata: “Saya tidak tahu.”

Klopp menjawab: “Habis tu, kenapa awak tanya soalan tu?. Sudah tentu kerana itu [kesilapan individu yang mempengaruhi keputusan secara berpasukan].”

Menjelaskan soalannya, wartawan itu kemudian bertanya sekali lagi:

“Saya rasa apa yang saya tanya, adakah ia satu perkara yang berkaitan satu pasukan, atau adakah ia tidak boleh diselesaikan di padang latihan kerana ia individu?”

Kloppmenjawab: “Anda boleh melihat bahawa kami mempunyai momen yang sangat baik seperti banyak bahagian permainan, tetapi semuanya tidak mencukupi. ”

“Sekali lagi jika anda tidak menyelesaikan situasi, anda biarkan ia terbuka. Kami boleh menonton perlawanan ini sepenuhnya, dan anda tidak boleh bertahan seperti kami bertahan di sekitar gol kedua. Ia tidak mungkin, tetapi kami melakukannya.”

“Ia dah berlaku, dan itulah sebabnya kami kalah.”

“Terpulang kepada pasukan ini untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Klopp

Berikutan kekalahan liga berturut-turut, Liverpool kini mencatat empat kemenangan, seri dan kalah masing-masing daripada 12 perlawanan pembukaan kempen mereka.

Dengan hanya 16 mata dalam dikumpul, dan The Reds mendapati diri mereka berada di tempat kesembilan, jauh di belakang pencabar kejuaraan Manchester City dan Arsenal. Mereka kini ketinggalan lapan mata daripada empat teratas.

Klopp ditanya sama ada pasukannya boleh pulih daripada kemerosotan terbaru mereka, yang dia menjawab:

“Kami perlu membawa kualiti kami ke padang, dan kami melawannya. Kami menghadapi masalah sejak hari pertama, dari segi kecederaan. Pemain terpaksa bermain dari hari pertama. Ini keadaan kami, dan ini bermakna kami perlu membantu diri kami sendiri, dan itulah yang akan kami lakukan.”

Liverpool akan menerima kunjungan Napoli pada hari Selasa dalam perlawanan terakhir kumpulan Liga Juara-Juara UEFA mereka.

Napoli sebelum ini membantai Liverpool dalam aksi pertama. Dan sedang berada dalam prestasi terbaik.

Ketiadaan pemain seperti Luis Diaz dan prestasi tidak menentu ditunjukkan oleh Darwin Nunez dan barisan pertahanan Liverpool benar benar menyukarkan kempen mereka.

Bukan itu sahaja, masalah kecederaan yang berterusan menghantui mereka juga memberikan kesan yang amat dalam kepada pasukan yang awalnya diramal akan terus bersaing kejuaraan.

Adakan The Reds akan bangkit selepas ini? Mereka memerlukannya kerana mereka sedang menjauh dari slot UCL malah bergelut untuk slot UEL yang seringkali dipandang hina penyokong mereka.

BACA:  "Dia Fikir Dia Siapa?"- Pengurus Senegal Bantai Klopp Isu Hina Piala Benua Afrika