Klopp Lebih Rela ‘Kalah’ Daripada Menang Seperti Sergio Ramos

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sekali lagi melancarkan serangan ke arah kapten Real Madrid, Sergio Ramos yang mana beliau tidak berkongsi mentaliti yang sama dengan Ramos iaitu ‘kemenangan melebihi segala-galanya’.

Luka yang dialami Klopp akibat tewas di pentas akhir Liga Juara-Juara Eropah masih lagi terasa kerana Klopp masih bercakap mengenai Ramos walaupun insiden tersebut sudah lama berlaku. Ramos menjadi sasaran utama Klopp kerana beliau percaya jika tidak kerana kekasaran Ramos, skrip perlawanan mungkin berubah dan berpihak kepada Liverpool.

Menang macam Ramos ? Euuuwwwwww

Seperti semua sedia maklum, harapan Liverpool untuk menjulang trofi paling berprestij Eropah terjejas apabila Salah terpaksa dikeluarkan pada babak pertama akibat pelanggaran dengan Ramos.

Ramos juga mengasari penjaga gol Liverpool, Loris Karius dan menyebabkan Karius mengalami ‘gegaran’ di bahagian kepala. Insiden ini menjadi punca mengapa Karius menerima gelaran ‘Kelakarius’ selepas melakukan dua kesilapan budak sekolah untuk menghadiahkan dua gol kepada Real Madrid.

Klopp pernah melabel tindakan Ramos itu sebagai kejam dan brutal, tetapi kemarahan Klopp terhadap Ramos masih lagi belum reda sepenuhnya. Terbaru, beliau mempertikaikan pendekatan yang dipakai Ramos dalam mengejar trofi.

“Saya tidak mahu menang dengan menggunakan apa jua cara yang ada. Itu bukan style saya.” Ujar Klopp ketika ditemuramah Sport 1

Insiden yang menyebabkan Klopp angin sampai hari ini. Agaknya terbawak sampai tidur

“Sudah tentu saya mahu menjadi pemenang Liga Juara-Juara Eropah. Saya tidak sangka Ramos akan bertindak sedemikian. Saya menyangka Ramos akan menilai keadaan dengan lebih baik dalam situasi yang tertentu.”

“Ia mungkin kebetulan, tetapi Mo Salah dipapah keluar dari perlawanan ketika beliau melalui fasa paling menakjubkan sepanjang kariernya. Di tengah-tengah padang.”

“Banyak pihak berkata situasi ini sudah biasa berlaku. Tetapi jika ini mesej yang kita ingin sampaikan kepada anak-anak kecil di luar sana, iaitu gunakan apa sahaja cara untuk memenangi perlawanan, saya lebih daripada gembira mahu meninggalkan planet ini selepas 40 tahun.”

“Adakah saya seorang yang dapat menerima kekalahan dengan baik ? Tidak. Kami ada berbincang mengenai Ramos kerana beliau mempengaruhi perlawanan akhir sebelum ini dengan satu dive. Termasuk kad merah yang diberikan kepada Juan Cuadrado [ketika menentang Juventus]. ”

Suatu ketika dahulu

“Real Madrid berhak memenangi Liga Juara-Juara Eropah, tiada siapa yang dapat menafikan perkara tersebut. Tetapi adakah kami terpaksa melalui situasi dengan Ramos ? Tidak, anda tidak memerlukannya.”

Diharap perkara ini tidak dipanjangkan lagi dan Klopp dapat ‘move on’. Kalau ada rezeki, tahun depan jumpa Ramos lagi sekali dekat UCL.

BACA:  Kisah Bintang Muda Juventus Dari Korea Utara Yang Pernah Pernah Curi Perhatian Liverpool Tetapi Tak Kenal Steven Gerrard