Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya mungkin perlu mengutip 105 mata sekiranya mahu merampas gelaran juara Liga Perdana Inggeris daripada Manchester City musim ini.
Dalam satu-satunya perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, Liverpool berjaya menjinakkan Wolves 2-0 di Molineux Stadium sekaligus melebarkan jurang menjadi 4 mata dengan pencabar terdekat, Manchester City.
Selepas mengharungi 18 perlawanan, Liverpool muncul satu-satunya pasukan yang masih belum tewas musim ini. Mereka berjaya mengutip 48 mata dan hanya melepaskan 7 gol setakat ini, satu rekod baru dalam sejarah Liga Perdaana Inggeris.
Ketika ditemu ramah selepas tamat perlawanan tersebut, Klopp mengakui Liverpool perlu mengekalkan rentetan kemenangan ini sekiranya mereka memasang niat untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama.
“Setakat ini, musim ini kelihatan seperi ia adalah musim yang istimewa. 48 mata sebelum tibanya Krismas merupakan pencapaian yang agak gila.”
“Tetapi terdapat juga beberapa pasukan lain seperti Chelsea, Manchester City, Tottenham, Arsenal. Mereka juga mungkin akan menang dan mungkin akan mencapai 40 mata juga. Tiada pasukan yang kehilangan mata, baik pasukan di tempat ke-5 atau ke-6.”
“Kami mungkin memerlukan 105 mata untuk menjadi juara pada penghujung musim nanti.”
“Kami tahu kami mempunyai pasukan yang bagus dan berada dalam prestasi yang baik sekarang. Tetapi kami juga perlu hormat pada pasukan lain, sebab itulah kami tidak boleh merancang apa-apa parti pada musim panas nanti.”
“Buat masa sekarang, segalanya berjalan dengan baik dan kami perlu kembali cergas secepat mungkin dan bersedia untuk menghadapi Newcastle.”
Gol daripada Mohamed Salah dan Virgil van Dijk sudah cukup untuk memberikan kemenangan selesa ke atas Wolves awal pagi tadi. Berikutan gol jaringannya dan persembahan cemerlang di bahagian pertahanan Liverpool, Van Dijk telah dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Klopp juga ditanya adakah beliau telah menjangka Van Dijk mampu bermain sebaik ini, Klopp berkata,
4️⃣?? "He’s our number 4, watch him defend and we watch him score!"
Is there anything Virgil van Dijk can't do?
? @danielnicolson#WOLLIV#LFC pic.twitter.com/TmOs1ATAaN
— The Sportsman (@TheSportsman) December 21, 2018
“Yeah, ketika bermain dengan pemain Liverpool yang lain, beliau kelihatan seperti pemain yang lebih bagus.”
“Van Dijk masih lagi dalam proses untuk menjadi lebih baik. Tetapi beliau adalah pemain yang menakjubkan. Beliau banyak membantu pasukan ini, tetapi anda juga dapat lihat bagaimana kami bermain ketika beliau berada bersama.”