Klopp: Liverpool Tidak Risau Jika Napoli Berjaya Jaringkan Gol Awal

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata pasukannya akan turun menentang Napoli awal pagi esok dengan misi untuk mencari kemenangan dan tidak akan risau sekiranya pasukan lawan berjaya menjaringkan gol awal.

Liverpool kini menghuni tangga ke-3 dalam kumpulan C di belakang Napoli dan Paris Saint-Germain selepas mengharungi 5 perlawanan. The Reds memerlukan 1-0 atau menang dengan kelebihan 2 gol jika memasang niat untuk layak ke pusingan kalah mati.

Klopp tidak gentar jika Napoli berjaya jaringkan gol pertama perlawanan. Bring it on Klopp said

Sebelum ini, Liverpool tewas tipis 1-0 kepada Napoli dalam perlawanan yang berlangsung di Itali. Liverpool memiliki perbezaan gol yang agak tinggi berbanding Napoli dan jika mereka berjaya menyamai keputusan yang dicapai Napoli seelum ini, ia sudah cukup untuk menghantar Liverpool ke peringkat kalah mati.

Keyakinan Liverpool berlandaskan pada rekod pertahanan mereka musim ini yang cemerlang dimana mereka berjaya meraih 14 clean sheets dari 18 perlawanan di tempat sendiri dalam semua pertandingan musim ini.

Namun begitu, sekiranya anak buah Carlo Ancelotti berjaya menjaringkan gol pembukaan perlawanan awal pagi esok, Liverpool perlu menjaringkan sekurang-kurangnya 3 gol tanpa balas untuk layak.

“Anda tidak akan berdepan situasi seperti ini sebanyak 20 kali sepanjang karier anda. Sebab itulah pendekatan paling diterima akal menjelang perlawanan ini adalah melayannya seperti perlawanan normal.”

Nombor tak menipu. This Year Is Our Year, Not Next Year ! 

“Biasanya kami tidak mahu dibolosi dan kami juga mahu mencari kemenangan. Selebihnya, kita akan lihat apa yang akan berlaku dalam perlawanan itu nanti.”

“Kami perlu lebih aktif dan fokus dalam perlawanan ini. Tetapi bukan disebabkan kami takut untuk melepaskan gol sebelum perlawanan bermula.”

“Napoli perlu berusaha sangat keras untuk mencipta peluang dan kami juga mempunyai peluang untuk menyelamatkan peluang mereka. Di sebelah padang yang lain pula, kami perlu cuba menjaringkan gol.”

Lorenzo Insigne muncul wira Napoli apabila menjaringkan gol pada saat akhir untuk mengecewakan peminat Liverpool seluruh dunia

“Satu-satunya perkara yang jelas sekarang adalah jika kami berjaya menjadikan kedudukan 1-0 kepada Liverpool, kebiasaannya ia tidak akan kekal lama.”

“Jika Napoli berjaya menjaringkan gol, kami perlu mencari gol ke-2 dan ke-3 dan itu merupakan satu tugas yang cukup sukar. Kami sudah tahu mengenai perkara tersebut.”

“Ini merupakan tugasan yang besar tetapi pemain saya sudah bermain banyak kali dan mereka juga pemain yang bagus. Kami tahu bagaimana untuk menjadikan pasukan ‘solid’ dan aktif.”

BACA:  Anthony Taylor Dari Manchester Dipilih Menjadi Pengadil Manchester United vs Liverpool