Klopp Membuat Ramalan Untuk Musim Baru Premier League

Jurgen Klopp yang berbelanja besar musim ini dengan mencipta rekod perpindahan bagi posisi penjaga gol selepas memecahkan rekod perpindahan posisi pertahanan tahun lalu telah meramalkan apa akan berlaku pada musim baru yang bakal menjelma.

Pengurus Liverpool itu turut memuji hingga rapat ke langit musuh setempat mereka, Everton dan pendatang baharu Premier League yang tidak asing lagi Wolverhampton Wanderers yang selalu naik turun liga.

Musim lalu The Reds telah menamatkan saingan Premier League di tangga keempat di mana Manchester City terlalu gah untuk dicabar dan disaingan Eropah, Liverpool mencipta kejutan apabila mara ke final Champions League di mana kejutan Karius lebih besar.

Ingat Salah! kIta menang sama-sama, kalah sama-sama, terima kasih sama-sama.

Tetap cerita perpindahan musim panas Liverpool yang membabitkan jumlah wang yang banyak telah menjadi sensasi kerana keceluparan Klopp mengutuk kelab berbelanja besar 2 tahun yang lalu. Namun Klopp tenang sahaja menangkis.

“Ya, tugas kamu adalah untuk menambahbaik pasukan saban tahun dan meningkatkan bola sepak setiap tahun dan jika kau melakukan peningkatan peluang akan menjadi lebih besar.”

“Tetapi harus diingat satu perkara, pasukan lain juga tidak tidur, jadi Manchester City masih lagi pasukan yang menakjubkan dan Manchester United juga sekali lagi akan menjadi pasukan yang hebat. Begitu juga dengan Chelsea, Arsenal, Tottenham.”

“Tottenham merupakan sebuah pasukan yang lengkap secara berpasukan. Arsenal mereka hanya kehilangan Wilshere dan itu je. Tetapi mereka telah membawa masuk pemain baru, jadi mereka sudah pasti sebuah pasukan yang kuat.”

City masih lagi pasukan yang hebat walaupun tak menang lawan Liverpool.

Kenyataan Klopp memuji Everton mungkin tidak akan disukai peminat Liverpool yang merupakan rival mereka di Merseyside. Klopp juga menyarankan supaya Liverpool tidak terlalu kuat bermimpi.

“Everton boleh menjadi sesuatu yang besar, Wolverhampton pula mampu mencipta kejutan.”

“Ini merupakan satu liga yang sukar. Jadi kami tidak boleh terlalu dibuai mimpi dan kami tidak.”

Wolverhampton musim lalu telah mengegarkan Championship untuk mara ke Premier League dan mereka juga berbelanja agak besar dalam usaha untuk kekal di Premier League selama yang mungkin.

Maka inilah ramalan yang berbaur selamat dan rendah diri dari Jurgen Klopp yang agak tidak seiring dengan sembang semakin kencang peminat Liverpool saban tahun.

Baca Juga

Baca Juga