Liverpool seharusnya berhijrah kearah kebaikan dalam usaha untuk mecapai kestabilan dan kejituaan untuk menamatkan musim ini dalam keadaan yang lebih baik, ujar pengendali pasukan Liverpool iaitu Jurgen Klopp didalam temu bual menjelang perlawanan Liga Premier menentang Crystal Palace pada Sabtu ini.
Pasukan Liverpool kendalian pengurus Jurgen Klopp berada pada kedudukan ke lapan Liga Premier selepas hanya berjaya mengutip 35 mata, dan disamping tersingkir awal sekaligus gagal pertahankan kejuaraan Piala Carabao dan Piala FA yang dimenangi pada musim lalu berikutan prestasi yang teruk serta dilanda kecederaan beberapa pemain utama.
Disangkakan telah kembali kepada kebangkitan selepas mencatatkan kemenangan bertutut-turut keatas Everton & Newcastle United, namun menurut pengurus Jurgen Klopp, Liverpool masih belum menemui jalan pulang dan masih terpesong dari prestasi sang juara selepas aksi kekalahan memalukan 2-5 kepada Real Madrid didalam aksi Liga Juara-Juara. Jurgen Klopp menyatakan ada tugas yang belum selesai, prestasi terbaik masih belum ditemui.
For only the third time this century, Liverpool have conceded five goals at Anfield:
◎ 3-6 vs Arsenal (2007)
◎ 5-5 vs Arsenal (2021)
◉ 2-5 vs Real Madrid (2023)It's the first time they have ever conceded five at home in European competition. 😲 pic.twitter.com/ZpbziOwsnn
— Squawka (@Squawka) February 21, 2023
“Bolos lima gol dalam Liga Juara-Juara ni benda gila, tak boleh diterima dek akal” ujar Jurgen Klopp kepada pemberita pada Jumaat lalu.
“Kami (Liverpool) harus segera berhijrah, ada perubahan perlu dilakukan segera. Separuh masa pertama [menentang Real Madrid] kami beraksi sangat baik; namun pada separuh masa kedua adalah permulaan yang sangat teruk. Banyak benda yang dah kembali tetapi belum bersedia.”
“Kami perlu mencari kejituan dalam corak gaya permainan kami. Ini bukan tentang emosi semata-mata…kami perlu kembali percaya dan yakin pada diri sendiri dan persembahkan kualiti terbaik kami di atas padang.”
Liverpool perlu mencari sebab untuk kembali optimis dalam usaha untuk kembali mencari rentak kemenangan, dan perlawanan menentang Crystal Palace adalah waktu terbaik untuk kembali optimis dengan Liverpool sapu bersih rekod di tempat lawan dengan rekod 7 kemenangan dari pertemuan terakhir dengan agregat jaringan 22-6.
Jurgen Klopp sedar dengan rekod baik pasukan kendalin beliau di tempat lawan, namun tetap berwaspada dan tidak bongkak. Ujar beliau: “Mereka adalah pasukan yang hebat dengan suasana yang tegang. Crystal Palace adalah pasukan yang hebat beraksi di stadium yang hebat.” Sungguh terpuji sikap pengurus Liverpool tersebut, tunduk tawadduk ke bumi. Berbeza dengan penyokong kelab tersebut, yang bersembang dengan gaya bongkak sembang bagai babi terbang.
Jurgen Klopp juga sempat kemas kini status kecergasan pemain bintang Ibrahima Konate, Roberto Firmino, Diogo Jota and Virgil van Dijk, selepas masing2 bergelut dengan kecederaan yang panjang.
“Ibrahima Konate hampir kembali tetapi beliau hanya menjalani dua sesi latihan sahaja selepas kecederaan panjang. Kami boleh lihat beliau masih jauh untuk kembali ke prestasi asal beliau. Kami tidak pasti sama ada pemain yang tercedera boleh kembali bermain dalam perlawanan timbal balik menentang Real Madrid disebabkan kecederaan.” ujar pengendali berbangsa Jerman tersebut.
“Kami mahu buat perubahan dan akan buat perubahan, tetapi apabila pemain kembali dari kecederaan panjang, ia akan mengambil masa. Kami pernah hadapi situasi ini bersama Bobby [Roberto Firmino] dan Diogo Jota, kami juga boleh tengok isu yang sama berlaku kepada Virgil van Dijk.”
“Semua orang beranggapan Vigil van Dijk adalah seperti robot yang boleh beraksi terbaik setiap kali perlawanan, tetapi beliau bermain paling banyak perlawanan pada tahun lepas, bermain pada Piala Dunia, bermain dalam kesemua perlawanan untuk negara beliau, kembali bermain satu dua perlawanan untuk kami, kemudian tercedera, kembali dan terus bermain dan terus bermain.”
Untuk rekod, Liverpool bakal berkunjung ke gelanggan Real Madrid pada aksi timbal balik kedua pada 16 March. Ujian berat untuk Jurgen Klopp kerana perlu mencari bekalan sekurangnya 4 gol untuk layak ke peringkat seterusnya.
Persoalannya, mampukah pengurus Jurgen Klopp melakukan magis untuk melakukan perubahan drastik atau hanya omongan kosong untuk menyedapkan hati peminat pasukan terhebat di dunia iaitu Liverpool? Menarik untuk disaksikan dalam perlawanan Liverpool seterusnya.