Klopp Meradang Ketika Sidang Media Selepas Diganggu Penyokong Toulouse

Jurgen Klopp meradang ketika sidang media setelah diganggu oleh penyokong Toulouse ketika sesi tersebut berlangsung selepas kekalahan di pertandingan Europa League kepada kelab Perancis itu.

Rekod 100% di peringkat kumpulan The Reds dihancurkan secara dramatik apabila Toulouse menampilkan aksi penuh bersemangat untuk mengejutkan jaguh Eropah itu.

Livepool menewaskan Toulouse 5-1 dua minggu lalu, ketinggalan 2-0 pada permulaan babak kedua perlawanan oleh jaringan Thijs Dallinga.

Pasukan pelawat itu kemudian berjaya mengurangkan defisit melalui gol sendiri pemain lawan sebelum Toulouse mengembalikan kelebihan dua jaringan dua minit selepas itu.

Diogo Jota kemudiannya berjaya menjadikan kedudukan 3-2 pada babak akhir masa sebenar untuk memberikan sedikit harapab untuk Liverpool sekurang-kurangnya pulang dengan satu mata.

Jaringan pada masa kecederaan oleh Jareel Quansah bagaimanapun dibatalkan pengadil selepas semakan VAR mendapati bola terlebih dahulu terkena tangan Alexis Mac Allister sebelum jaringan terhasil.

Klopp meratapi persembahan anak buahnya, namun lebih geram dengan tindakan UEFA untuk mengadakan sidang media di sebuah kemah di perkarangan stadium.

“Kami bermain begitu teratur seperti sidang media ini, yang sangat merapu,” kata Klopp sebelum sidang media itu berubah menjadi haru biru apabila penyokong Toulouse mulai meninggalkan stadium.

Dan pada ketika itu kedengaran dengan jelas penyokong Toulouse meraikan kemenangan mereka di sekeliling Klopp sambil menepuk khemah di mana sidang media tersebut diadakan.

Situasi tersebut menyebabkan muka Klopp merah padam dan marah kerana sukar mendengar soalan daripada wartawan.

Pengurus dari Jerman itu kemudiannya berpaling ke arah seorang pegawai Liverpool yang bersamanya sebelum bertanya: “Idea siapa melakukan sidang media di sini? Wow!”

Kemarahan Klopp ada asasnya. Peraturan UEFA dengan jelas berkata pasukan tuan rumah bertanggungjawab menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk sidang media buat pengurus daripada kedua-dua belah pasukan.

Walaupun terganggu, Klopp masih lagi sempat memberikan pendapatnya mengenai jaringan kontroversi yang dibatalkan pengadil pada masa kecederaan.

Klopp tidak mengajak Toulouse untuk rematch kali ini. Namund demikian beliau lebih risaukan persembahan yang ditambilkjan anak buahnya selepas turut diikat oleh Luton di perlawanan Premier League sebelum ini.

“Saya telah melihat kembali video dan tidak berpendapat bola terkena tangan. Bola itu terlebih dahulu terkena dada sebelum jaringan tersebut dihasilkan.

“Kita boleh bercakap mengenai insiden itu tetapi saya lebih risaukan tahap permainan yang kami tampilkan.

“Kami sepatutnya beraksi lebih baik dan agresif. Kami selayaknya kalah kerana pasukan lawan memenangi semua perebutan bola.

“Kami tidak bermain cukup baik ketika bertahan dan dibolosi tiga jaringan selain dua lagi jaringan yang tidak dibenarkan.”

BACA:  Perjanjian Luar Biasa Di Antara Liverpool & Barcelona Bagi Membolehkan Coutinho Berpindah