Klopp Meraikan Jaringan Dengan Mengejek Pembantu Pengadil

Mendapatkan tiga mata dalam perlawanan menentang Bournemouth adalah satu hal yang sangat penting perlu dilakukan oleh pasukan Liverpool.

The Reds telah melalui detik mengecewakan sejak kebelakangan ini apabila tewas dalam tiga dari empat perlawanan terakhir mereka.

Bermula dengan kekalahan kepada pasukan Atletico dalam saingan Liga Juara-Juara, mereka kemudian akur dengan kekalahan pertama dalam saingan Liga Perdana musim ini kepada Watford.

Impian pasukan Liverpool hendak memenangi gelaran Liga dengan tidak terkalahkan lebur kepada pasukan yang berada di zon penyingkiran.

Minggu malang Liverpool diteruskan dengan kekalahan mengejut mereka kepada pasukan Chelsea dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA. Seterusnya meranapkan juga impian dan harapan The Reds untuk memenangi treble musim ini.

Perlawanan ke-29 Liga menemukan Liverpool menentang pasukan Bournemouth di Anfield. Seperti semua sedia maklum, Anfield adalah neraka bagi semua pasukan lawan.

Liverpool cemerlang mengekalkan rekod bersih di Anfield. Namun Liverpool terlebih dahulu dibolosi oleh pasukan Bournemouth menerusi jaringan dari Callum Wilson pada minit kesembilan perlawanan.

Kem Liverpool bengang dengan keputusan pengadil membenarkan jaringan itu. Menurut Klopp jaringan itu tidak sepatutnya dikira kerana Wilson telah mengasari Gomez terlebih dahulu sebelom menjaringkan gol.

Pengadil perlawanan telah meminta VAR untuk meneliti jaringan itu semula dan gol itu telah dibenarkan oleh VAR.

Tetapi kegembiraan yang dirai oleh pasukan Bournemouth tidak bertahan lama. Pasukan terhebat dunia ini berjaya menjaringkan dua gol dalam tempoh lapan minit untuk mendahului perlawanan dengan 2-1.

Mohamed Salah menyamakan kedudukan dengan jaringan yang cantik pada minit ke-25 perlawanan. Pemain Terbaik Afrika, Sadio Mane berjaya menjaringkan gol kedua Liverpool selepas menerima hantaran membelah bumi dari Van Dijk.

Klopp yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan yang membenarkan gol pertama Bournemouth meraikan gol Liverpool dengan meriah sambil mengejek penolong pengadil.

Tonton klip di sini …

Dari rakaman itu jelas menunjukkan Klopp berpuas hati pasukannya dapat menjaringkan gol dan tidak terkesan dengan jaringan dari Bournemouth yang dibenarkan oleh pengadil perlawanan.

Perlawanan tamat dengan Liverpool berjaya menewaskan Bournemouth dengan keputusan 2-1.

Liverpool kini menjadi pasukan paling banyak menang secara berturut turut di halaman sendiri dalam aksi liga dengan 22 kemenangan straight.

Kemenangan ini juga meletakkan Liverpool dua puluh lima mata di atas Man City yang akan turun beraksi menentang United esok.

Liverpool hanya memerlukan 3 kemenangan lagi untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris.

Selepas minggu yang sukar untuk Liverpool, Klopp akhirnya berjaya menjumpai formula kemenangan dan akan mengekalkannya.

Selepas Bournemouth menjadi mangsa kebangkitan Liverpool, Atletico Madrid harus bersedia untuk menjadi mangsa seterusnya dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara di Anfield nanti.

BACA:  Klopp Kritik Anak Buahnya Selepas Tersingkir Dari Saingan Piala FA