Klopp Puji Impak Salah Dan Mane Ketika Liverpool Tewaskan Manchester City

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji impak yang dihasilkan Mohamed Salah dan Sadio Mane ketika membantu Liverpool menewaskan Mancheser City 2-1 dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

Klopp berkata terdapat beberapa momen yang baik dan tidak baik sepanjang perlawanan berlangsung, tetapi tetaop berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

Mane dan Salah menerima pujian daripada Klopp kerana instant impact sebaik dimasukkan pada separuh masa kedua

Dalam perlawanan tersebut, Manchester City terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi Leroy Sane pada minit ke-57. Salah dimasukkan tidak lama kemudian dan hanya mengambil masa kurang dari seminit untuk menyamakan kedudukan.

Mane menceriakan puluhan ribu peminat Liverpool di MetLife Stadium dengan menyempurnakan sepakan penalti pada waktu kecederaan untuk memberikan kemenangan kepada The Reds.

Ketika bercakap kepada laman web rasmi Liverpool, liverpoolfc.com, Klopp mengakui perlawanan persahabatan ini penting untuk persiapan Liverpool, tetapi ia bukan menjadi tanda aras skuad beliau untuk menghadapi kempen musim hadapan.

“Ia hanya satu perlawanan bagi kami, ada momen baik yang kami boleh gunakan dan ada juga momen yang kurang baik yang perlu kami perbaiki. It sahaja.”

Leroy Sane terlebih dahulu membuka jaringan untuk The Citizens tetapi ia tidak bertahan lama kerana Salah tenang menjaringkan gol offside

Bekas pengendali Borussia Dortmund turut menafikan dakwaan Salah masih lagi bergelut dengan masalah kecederaan bahu yang dialaminya ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lepas.

“Saya tidak risau dengan kecederaan tersebut, jika betul Salah bergelut dengan masalah itu beliau tidak akan terlibat dalam perlawanan tadi. Beliau masuk ke dalam padang dan hanya mengambil masa 35 saat untuk menjaringkan gol.”

“Salah menghasilkan impak yang besar dalam perlawanan tadi bersama-sama Mane dan Dominic Solanke. Pemain lain seperti Marko (Grujic), Pedro (Chirivella) dan Ben (Woodburn) juga bermain sangat cemerlang.”

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola pula berpuas hati dengan keputusan yang dicatatkan anak buahnya walaupun tewas pada saat akhir.

Pemain baru City, Riyad Mahrez turut beraksi tetapi gagal menjaringkan sebarang gol

“Apa yang kami lakukan dalam perlawanan tadi amat menakjubkan. Selama 75 minit dengan pemain yang kami miliki, pasukan saya bermain dengan cukup cemerlang berhadapan pasukan Liverpool yang kuat. Mereka merupakan finalist Liga Juara-Juara Eropah musim lepas dan memiliki beberapa pemain yang berkualiti tinggi.”

“Saya sangat gembira dan bangga untuk menjadi pengurus kepada pemain-pemain ini atas sebab tersebut. Kami menunjukkan perwatakan yang menakjubkan. Pada separuh masa pertama, kami menurunkan skuad yang purata umurnya sangat rendah.”

“Untuk 15 minit yang terakhir, pemain saya mula letih. Kami melakukan beberapa pertukaran dan pada minit-minit terakhir, Liverpool berjaya menjaringkan gol dan mereka berhak memperolehinya.”

Saksikanlah dan nilai sendiri aksi Mane ketika menentang Manchester City. Jika power marilah kita bersama-sama Klopp memuji Mane.

BACA:  Thiago Alcantara Pamer Aksi Masterclass Bantu Liverpool 'Ganyang' Man Utd