Klopp Puji Melambung 7 Pemain Man United Dan Sifatkan Eriksen Sebagai Kehilangan Yang Besar

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah melemparkan pujian melambung kepada 7 pemain Manchester United dan menyifatkan kecederaan Cristian Eriksen sebagai kehilangan yang besar buat pasukan lawan.

Kenyataan Jurgen Klopp ini hadir menjelang Derby Barat Laut yang menemukan seteru zaman berzaman Manchester United dan juga Liverpool di stadium keramat Anfield pada pagi Isnin waktu Malaysia.

Selepas permulaan teramat buruk di awal musim, Erik Ten Hag telah merawat dan membaiki segala keburukan dari segenap aspek Manchester United dan telah mempamerkan prestasi luar biasa dengan konsisten.

Selepas tujuh bulan, trofi Carabao Cup hadir yang merupakan kejuaraan pertama Manchester United sejak 2017 dan masih lagi beraksi dalam semua kejohanan domestik dan Eropah.

Liverpool musim lalu mara ke tiga final dengan dua kejuaraan dilihat akan meneruskan prestasi mereka musim ini namun jauh meleset apabila terciduk teruk dengan aksi mengaibkan lalu dilabel sebagai menu rahmah buat pasukan lain menyantap.

Kecederaan pemain utama menjadi punca dan dengan kembalinya Virgil Van Dijk, Fabinho dan juga Diogo Jota Liverpool lebih konsisten apabila tidak tewas dalam empat perlawanan terakhir. Rekod luar biasa.

Titik perubahan kepada prestasi luar biasa Manchester United musim ini adalah selepas mereka berjaya menewaskan Liverpool di Old Trafford dengan kemenangan 2-1.

Perkara sama juga boleh dilakukan Liverpool jika mereka berjaya menewaskan Manchester United untuk kembali bangkit dan mengejar sekurang-kurang tempat empat teratas yang hanya 6 mata berbeza.

Bercakap menjelang perlawanan Derby Barat Laut, Jurgen Klopp telah memuji tujuh pemain Manchester United, sambil menyatakan bahawa Christian Eriksen akan menjadi kehilangan besar buat Red Devils. Klopp berkata:

“Pergerakan Bruno Fernandes benar-benar, pintar, di mana dia muncul, cara dia tiba-tiba di sini atau di sana.”

“Casemiro jelas berada di sana untuk menghubungkan semua perkara dan sesiapa yang bermain di sebelah Casemiro akan menjadi pemain bola sepak yang baik sama ada Fred atau [Marcel] Sabitzer, [Scott] McTominay atau siapa sahaja.

“Eriksen adalah seorang yang dirindui kerana dia bermain musim yang sangat bagus sehingga itu tetapi secara keseluruhannya di bahagian pertahanan, pemain yang berjaya menjadikannya benar-benar fizikal dan kemudian menyerang balas melalui pemain sayap dan di hadapan pemain Belanda, benar-benar fizikal.”

Klopp menyatakan bahawa Manchester United kini bukanlah pasukan untuk masa depan dan buat masa kini adalah pasukan hebat ditambah dengan prestasi semasa Marcus Rashford serta ancaman besar dari Wout Weghorst.

“Ia satu langkah yang baik. Ia bukan pasukan yang dibina untuk 20 tahun akan datang, ia buat masa ini dan sekarang mereka benar-benar bagus.”

“Dia (Marcus Rashford) bukan satu-satunya pemain penentu mereka. Dia mengalami tahun yang sangat sukar tahun lalu di mana dia jelas tidak beraksi pada tahap yang dia mampu lakukan. Sekarang dia bermain luar biasa.”

“Kepantasannya, tekniknya, gabungan segala-galanya, betapa tenangnya dia di hadapan gawang sekarang, dia menjaringkan gol duniawi dan yang mudah dan dia meletakkan kepalanya di dalam.”

Jurgen Klopp melabel bahagian serangan Setan Merah ketika ini adalah berkelas dunia dan situasi satu lawan satu akan memberi pasukannya masalah.

“Kami bermain menentang pemain serangan kelas dunia sebelum ini dan jika anda cuba melakukannya dalam situasi satu lawan satu anda akan sentiasa berada di hujung yang salah. Jadi kami perlu bertahan secara kolektif.”

Adakah ini permainan saraf dari Jurgen Klopp menjelang pertemuan yang ditunggu-tunggu ini?

Baca Juga

Baca Juga