Klopp Puji Persembahan ‘Luar Biasa’ Shaqiri Ketika Belasah Manchester United

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp melabel persembahan Xherdan Shaqiri ketika menentang Manchester United sebagai satu persembahan yang ‘tidak normal’.

Dalam perlawanan tersebut, Liverpool mudah menjinakkan Manchester United dengan jaringan 4-1 yang mana Shaqiri menjaringkan salah satu gol buat Liverpool.

Shaqiri berpindah ke Anfield dari Stoke City dalam perjanjian yang dianggarkan berjumlah £13 juta, satu nilai yang amat rendah dalam pasaran perpindahan sekarang. Shaqiri merupakan sebahagian daripada skuad Stoke yang mengalami relegasi musim lepas.

Shaqiri membuka akaun jaringan bersama Liverpool dengan cukup bergaya

Walaupun mengalami detik hitam dalam Liga Perdana Inggeris musim lepas, Shaqiri tetap terpilih untuk menganggotai skuad Switzerland beraksi di Piala Dunia 2018. Beliau berjaya membantu Switzerland layak ke pusingan 16 pasukan terakhir sebelum disingkirkan oleh Sweden.

Berikutan penglibatan beliau di Piala Dunia, Shaqiri hanya menyertai Liverpool untuk pra-musim pada hari Rabu lalu tetapi ia sudah cukup bagi meyakinkan Klopp untuk menurunkan beliau dalam perlawanan berprofil tinggi menentang Manchester United awal pagi tadi.

Klopp gembira dengan kesediaan Shaqiri yang ingin menyertai kem pra-musim Liverpool seawal yang mungkin bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Bekas pengendali Borussia Dortmund itu juga gembira dengan persembahan Shaqiri walaupun diturunkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Persis Cristiano Ronaldo musim lepas

“Persembahan dari Shaqiri ‘tidak normal’ kerana beliau baru sahaja berada bersama kami selama 4 hari. Shaqiri juga amat cepat menyesuaikan diri dengan style permainan pasukan ini.”

“Kami mahu beliau bergerak sedikit bebas dan tidak mahu keadaan menjadi sukar buat beliau.  Saya mahu Shaqiri bergerak bebas, dan melakukan larian di belakang garisan pertahan lawan. Beliau berjaya melakukan perkara tersebut dengan cemerlang terutamanya ketika gol Danie Sturridge.”

“Sejujurnya, beliau beraki lebih baik dari apa yang saya jangka dari beliau. Saya rasa perlawanan hari ini merupakan perlawanan yang agak senang untuk beliau masuk sebagai pemain gantian kerana kami bermain sangat baik sepanjang 90 minit permainan walaupun beraksi di atas padang yang sukar.”

“Kami bermain laju dan mudah, dan memastikan bola sentiasa bergerak. Selepas mengalami kekalahan 3-1 di tangan Borussia Dortmund tempoh hari, saya tidak rasa begitu gembira kerana kami mampu bermain dengan lebih baik.”

Pemain yang dilupakan. Adakah Sturridge masih mempunyai masa depan di Anfield ?

“Ini merupakan perlawanan pra-musim jadi apabila anda melakukan kesilapan, anda akan tewas. Jika anda belajar dari kesilapan itu, itu tidak mengapa. Hari ini kami tidak melakukan sebarang kesilapan yang besar.”

“Bagi Shaqiri, sebaik sahaja beliau menandatangani kontrak dengan Liverpool, beliau hanya mahu bersama pasukan dan menjalani latihan dengan pemain-pemain lain. Saya rasa ia berlaku seminggu selepas kempen Piala Dunia beliau berakhir, tetapi saya tidak benarkan dan menyuruhnya bercuti dahulu.”

Perlawanan persahabatan Liverpool yang seterusnya adalah menentang Napoli di Aviva Stadium, Dublin pada hujung minggu ini.

BACA:  TERKINI: Klopp Umum Tinggalkan Liverpool