Klopp Salahkan Angin Selepas Seri Menentang Everton

Jurgen Klopp seringkali memberi alasan yang luar kotak pemikiran dan sangat luar biasa apabila pasukan paling hebat di muka bumi, Liverpool power gagal mencatatkan keputusan yang baik.

Ketika seri menentang Manchester United pengurus Liverpool itu memberi alasan bahawa Liverpool mampu menang jika pemain Manchester United tidak mengalami kecederaan.

“Jika United bermain seperti biasa dengan pemain yang sama perlawanan ini akan menghasilkan keputusan yang berbeza.”

Satu kenyataan yang berani dan tidak masuk akal kerana Setan Merah yang pasti mengalami kesan yang teruk kerana 3 kecederaan.

Dalam perlawanan Merseyside Derby menentang Everton, Liverpool sekadar seri selepas bergelut dihadapan gol yang menyaksikan mereka sepatutnya meraih 3 mata kerana Everton kelihatan bergelut sepanjang perlawanan.

Selepas perlawanan dalam temuramahnya bersama Patrick Davison dari Sky Sports, Klopp menyatakan bahawa impak dari angin memberi kesan kepada prestasi pasukan sekaligus kehilangan mata.

Ini bukan kali pertama angin dipersalahkan Klopp, pada Januari lalu selepas tewas kepada Wolves 2-0 dalam saingan Piala FA angin juga telah menajdi kambing hitam.

“Satu perlawanan yang sukar. Aku tahu orang ramai tidak akan menyukainya bila aku menyebutnya tetapi angin datang dari pelbagai arah, bola banyak berlegar di udara.”

Ternyata alasan terbaru Klopp selepas kehilangan mata membuatkan ramai yang terhibur.

https://twitter.com/OleOleUnited/status/1102274142747922433

https://twitter.com/StatCity/status/1102274091661307906

Dewa 19 – Angin

Angin tolonglah aku sedang
Jatuh cinta
Tapi aku tak punya nyali tuk katakan
Bahwasanya setiap hari kumerindukan dia

Angin masukkan aku ke dalam mimpinya
Jadikan aku Raja dan dia Ratunya
Buat dia selalu memikirkan diriku

Angin katakan padanya
Bahwa aku cinta dia
Angin sampaikan padanya
Bahwa aku butuh dia

Angin, tancapkanlah busur panah cintaku
Tancapkanlah cepat, tepat di jantung hatinya
Sebelum hatinya jadi beku dan membatu

Baca Juga

Baca Juga