Klopp Tak Risau Mourinho Berbelanja Besar

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyatakan bahawa dia tidak ambil peduli tentang perbelanjaan besar pengurus Manchester United, Jose Mourinho dan dia turut mengatakan bahawa dia masih belum menekan butang panik dalam mencari pemain baharu untuk The Reds.

Tatkala rata-rata pengurus EPL sedang menguatkan pasukan, Klopp sekadar membeli tiga pemain – Mohamed Salah, Dominic Solanke dan Andrew Robertson. Setakat pra-musim ini, Salah telah menjaringkan dua gol buat gergasi England ini.

Musuh setempat, Everton, pula berbeza dengan Liverpool di mana mereka telah berjaya mendapatkan pemain bernama besar seperti Michael Keane, Jordan Pickford, Wayne Rooney, Davy Klassen dan juga Sandro Ramirez.

Klopp, walaubagaimanapun, masih tenang dan percaya dengan skuad yang sedia ada.

“Aku tak minat nak ambil tahu tentang apa yang Jose Mourinho cakap. Kenapa aku perlu cakap pasal Manchester United? Jose yang cakap pasal kami,” kata Klopp kepada UK Newspapers dengan tenang, tanpa memperlihatkan walau sejalur urat di dahinya.

“Kami mengalami musim yang Man United alami tahun sebelum ni. Aku pelik kenapa orang tak tanya macam mana rasa dia,” tambah Klopp lagi.

Sebelum ini Liverpool cuba mendapatkan pemain pertahanan Southampton, Virgil van Dijk dan pemain tengah RB Leipzig, Naby Keita tetapi tawaran mereka ditolak mentah-mentah kedua-dua kelab tersebut.

Selepas gagal dalam percubaan tersebut, Klopp lebih banyak fokus untuk membina pasukan yang dia boleh bina dengan pemain yang ada.

“Selepas musim berakhir kita ada rehat musim panas dan semua orang rasa musim perpindahan ni lebih seronok daripada liga,” kata Klopp lagi.

“Orang akan fikir : ‘Oh kita dah menang’ (sambil mencebik mulut bagaikan bersedia untuk selfie) tapi malangnya selepas jendela perpindahan ditutup engkau kena main bola. Itu yang aku minat.

“Tapi tu tak bermaksud aku tak nak ambil pemain baru. Kita pun selalu bawa masuk pemain baru. Contohnya pemain yang hebat macam Wijnaldum.

“Orang ramai mungkin faham kenapa aku cakap kami ni bagus. Joel Matip, Sadio Mane. Ramai sangat pemain bagus yang kita ada ni.

“Tapi, itu tak bermaksud aku tak tahu kualiti Ibrahimovic, Lukaku dan lain-lain.

“Adakah ini bermaksud kami tak boleh lawan mereka? Aku tak boleh nak jawab lagi. Kita tunggu nanti,” kata Klopp di akhir temubual.

Liverpool akan memulakan saingan liga menentang Watford pada 12 Ogos nanti. Sama-sama kita doakan bakal juara 2017-2018 ini akan melunyaikan pasukan kecil seperti Watford ini.

Sumber berita : Sportskeeda

Baca Juga

Baca Juga