Klopp Tegaskan Menentang Real Madrid Bukan Satu Misi Balas Dendam

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah menegaskan bahawa pertemuan dengan Real Madrid di suku akhir kejohanan paling agung Eropah, Champions League bukan satu misi balas dendam.

Satu dunia sudah tahu bagaimana, Liverpool telah dimalukan di perlawanan akhir Champions League 2018 yang berlangsung di Kiev, Ukraine dengan kekalahan 3-1.

Mohamed Salah telah dijudo dengan Sergio Ramos sehingga kehilangan bahu dan Loris Karius pula melakukan perbuatan kelakar tidak sepatutnya di perlawanan akhir.

Selepas tewas teruk Ramos diserang penyokong Liverpool dan Loris Karius juga menuduh Ramos telah menyiku kepala berliau dan hilang kesedaran.

Sergio Ramos kemungkinan besar tidak akan beraksi kerana tidak cergas untuk kedua-dua perlawanan suku akhir Champions League menentang Liverpool ini.

Klopp telah membuat pertemuan dengan para pemainnya dan mencabar mereka untuk meningkat prestasi ke tahap yang lebih tinggi.

Pengurus dari Jerman itu mengakui motivasinya kini berada pada tertinggi dan teruja dengan kehebatan Champions League dan tiada misi membalas dendam.

“Motivasi aku kini berada ditahap tertinggi kerana ini Champions League. kami bermain menentang Real Madrid dan kami mahu mara ke pusingan seterusnya.”

“Perlawan ini tiada katian dengan 2018. Kau tanya tentang balas dendam tahun 2018 atau balas dendam untuk prestasi kami yang tidak bagus di Premier League?.”

“Aku disini bukan untuk membalas dengam dan aku tidak percaya kepada pembalasan dendam tapi sangat bagus jika mara.”

“Kami datang bukan untuk membalas dendam. Hidup macam ni la. Kau kena cuba segalanya untuk menang perlawanan. Kau kalah. Kau akan jumpa lagi lawan sama satu hari nanti.”

Menurut Klopp lagi, sudah lumrah bola sepak lepas kalah kemungkinan untuk bertemu kembali lawan yang sama akan terjadi, hanya masa menentukannya.

“Kadang kala sangat dekat, seminggu atau dua minggu kemudian. Jadi kau boleh mempunyai emosi seperti ini untuk diri sendiri. Kami dalam perjalanan sekaran dan akan meneruskan perjalanan ini.”

Ini merupakan pertemuan pertama antara Liverpool dan Real Madrid selepas perlawanan akhir Champions League 2018 yang penuh dengan kisah mengaibkan.

Liverpool seperti kembali ke prestasi asal selepas cuti rehat perlawanan antarabangsa dan dilihat berada di kondisi terbaik untuk meneruskan momentum.

Real Madrid yang kelihatan sendu dari awal musim konsisten dalam perlawanan mereka dan masih lagi berpeluang cerah untuk mengekalkan gelaran juara La Liga.

Pertemuan Liverpool dan Real Madrid ini juga akan menjadi pertemuan antara dua penyandang juara La Liga dan Premier League. Siapa lebih handal?

Ini merupakan perlawanan kluster kayangan kerana menemukan dua pasukan elit Eropah yang memegang lambang kemegahan kelab Eropah yang digelar Badge of Honour.

Ketiadaan Sergio Ramos kerana kecederaan sudah pasti satu perkara yang mengecewakan peminat bola sepak dunia.

BACA:  Akhirnya UEFA Minta Maaf Kepada Penyokong Liverpool Yang Ketakutan dan Tertekan di Paris