Klopp Tetap Turunkan Van Dijk Walaupun Pemain Tersebut Perlu Bermain Dalam Kesakitan

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendedahkan beliau akan tetap menurunkan Virgil van Dijk menentang Chelsea malam ini walaupun jika pemain tersebut perlu beraksi dalam kesakitan.

Liverpool akan berdepan cabaran sukar Chelsea di Stamford Bridge malam ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan rekod kemenangan seratus peratus menjadi taruhan utama anak buah Klopp.

Virgil van Dijk masih lagi cedera tetapi Klopp mungkin akan tetap turunkan beliau menentang Chelsea. Takut kalah ke

Chelsea berada dalam kondisi terbaik untuk meleburkan rekod Liverpool di hadapan penyokong sendiri selepas menewaskan lawan yang sama beberapa hari yang lalu dalam saingan Piala Carabao. Tambah menakjubkan, mereka berjaya melakukannya di kubu kuat Liverpool iaitu di Anfield.

Dalam perlawanan tersebut, Liverpool tidak dapat menurunkan pemain pertahanan utama mereka, Vigil van Dijk yang mengalami kecederaan di bahagian tulang rusuk. Situasi semasa bekas pemain Southampton itu menjelang pertemuan malam ini juga belum dapat dipastikan lagi sama ada kecederaannya sudah sembuh atau pon tidak.

“Saya akan buat keputusan sama ada Van Dijk akan bermain atau tidak. Jika pemain tersebut berkata yang dia tiada peluang untuk bermain, saya tidak akan dapat membuat keputusan. Tetapi dalam kebanyakan situasi, saya yang akan membuat keputusan.”

“Virgil akan mencuba segalanya untuk turun beraksi. Saya tahu bagaimana ia kelihatan, selagi pemain tersebut tidak mengalami kecederaan serius seperti patah tulang atau putus sesuatu, pemain itu boleh bermain dalam keadaan sakit.”

Van Dijk terpaksa dikeluarkan pada babak kedua kerana kecederaan di bahagian rusuk

“Jika anda tidak berasa sakit sebelum perlawanan, anda akan merasainya selepas anda menerima challenge pertama. Itulah bola sepak.”

“Perkara paling penting adalah bagaimana anda menguruskan kesakitan itu. Jika anda mampu menguruskan kesakitan tersebut, anda akan dapat bermain.”

Liverpool berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas mengutip 6 kemenangan dari 6 perlawanan. Mereka hanya dipisahkan dua mata dengan Manchester City dan Chelsea yang masing-masing menghuni tangga ke-2 dan ke-3.

Walaupun menyedari ancaman yang dibawa Eden Hazard terhadap pasukannya seperti yang berlaku tempoh hari, Klopp berkata amat sukar untuk Liverpool melakukan ‘man mark’ terhadap pemain berusia 27 tahun itu.

“Ketika Borussia Dortmund menentang Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2013, saya mengarahkan Mario Gotze supaya mengawal Xabi Alonso. Tetapi kali ini jawapan saya adalah tidak. Saya tidak akan meletakkan mana-mana pemain untuk mengawal Hazard kerana beliau seorang pemain yang fleksibel.”

“Hazard berada dimana-mana. Xabi Alonso pula saya sudah tahu dimana beliau akan berada di atas padang. Itu perbezaan paling utama.”

No man-marking untuk Hazard

“Saya sangat menghormati Eden Hazard. Saya suka melihat beliau beraksi tetapi tugas untuk mengekang Hazard bukan bergantung kepada bahagian pertahanan sahaja.”

“Benar, ia merupakan tugas yang sukar tetapi kami perlu melakukan banyak lagi perkara untuk mencari kemenangan seperti menutup ruang dan melakukan hantaran yang lebih sukar.”

BACA:  Wolves Pernah Menolak Kesempatan Untuk Tandatangani Darwin Nunez