Klopp: Tiada ‘Gunung Yang Tidak Boleh Didaki’ Liverpool Selepas Tumpaskan PSG

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata ‘tiada gunung yang tidak boleh didaki’ Liverpool selepas anak buahnya mengenepikan cabaran Paris Saint-Germain dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah, di hadapan penyokong sendiri awal pagi tadi.

Perlawanan yang berlangsung sengit itu menyaksikan Liverpool bermula garang apabila berjaya mendahului PSG 2-0 buat seketika menerusi jaringan Daniel Sturridge dan penalti daripada James Milner. Thomas Munier merapatkan jurang pada penghujung babak pertama untuk menjadikan kedudukan 2-1 sebelum rehat.

Firmino meraikan jaringan kemenangan Liverpool pada waktu kecederaan. Pada masa yang sama, Salah memberontak bagaikan bayi kehilangan botol susu di bangku simpanan

Pemain muda sensasi PSG, Kylian Mbappe akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-83 permainan dengan harapan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 1 mata dari Anfield. Namun pemain gantian, Roberto Firmino berjaya menggembirakan peminat Liverpool apabila menjaringkan gol kemenangan pada waktu kecederaan sekaligus mengesahkan 3 mata kepada Liverpool.

Firmino tidak dapat diturunkan dalam kesebelasan utama kerana mengalami kecederaan di bahagian mata kirinya. Mata beliau ‘dicucuk’ Jan Vertonghen ketika Liverpool mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Spurs di Wembley Stadium hujung minggu lalu.

Ketika bercakap kepada wartawan selepas perlawanan berakhir, Klopp percaya pasukannya mampu menewaskan sesiapa sahaja dalam kempen Eropah musim ini. Untuk rekod, Liverpool tumpas di tangan Real Madrid dalam pentas final Liga Juara-Juara Eropah musim lepas, sekaligus meranapkan impian peminat The Kop untuk menjulang trofi tersebut buat kali ke-6.

“Jika anda menentang Paris Saint-Germain, anda perlu meningkatkan permainan pasukan ke tahap yang lebih tinggi. Jika anda hanya bermain 95% dari keupayaan sebenar, anda akan tewas 5-0. Bermain pada tahap 100%, anda akan mampu menang.”

Dari bangku simpanan West Bromwich musim lepas kepada menjaringkan gol menentang PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah. What a turn around !

Sama seperti Liverpool, PSG melangkah ke perlawanan awal pagi tadi dengan rekod 100 peratus kemenangan dalam 5 perlawanan Ligue 1 yang telah mereka harungi musim ini. Kesemua pasukan ditewaskan dengan margin sekurang-kurangnya dua gol dan pengurus PSG, Thomas Tuchel juga merehatkan Neymar dan Mbappe ketika mereka mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Saint Etienne pada Jumaat minggu lepas.

“Kami berjaya menafikan peluang PSG banyak kali, saya rasa tiada pasukan pernah melakukan perkara tersebut sebelum ini. Kami perlu bermain dengan baik, atmosfera stadium pula amat menakjubkan. Tambah istimewa, kami berjaya menang dalam stadium ini.”

Mbappe memberikan harapan palsu kepada peminat PSG (ManU)

“Satu, dua, tiga tahun lepas banyak pihak menganggap cabaran ini [menewaskan pasukan besar] seperti gunung yang Liverpool tidak akan dapat daki.”

“Ia masih lagi agak sukar kerana anda tidak dapat merancangnya. Apa yang pemain-pemain saya telah lakukan dalam perlawanan tadi amat menakjubkan. Jika seorang sahaja pemain saya tidak bermain pada tahap yang sepatutnya, kami akan tewas.”

BACA:  Mane Dedah Punca Sebenar Tolak Lamaran Lumayan Manchester United