Klopp Tidak Menyangka Liverpool Mampu Bermain Lebih Baik Tanpa Coutinho

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui beliau tidak menyangka Liverpool mampu bermain lebih baik tanpa kelibat Philippe Coutinho.

Klopp dakwa Liverpool bermain lebih bagus tanpa Coutinho . Betul ke ?

Coutinho menyertai Liverpool dari Inter Milan pada tahun 2013, dan menyarung jersi kelab tersebut selama 5 tahun sebelum membuat keputusan untuk menyertai Barcelona pada Januari 2018.

Pemain antarabangsa Brazil itu berpindah ke Nou Camp dengan yuran perpindahan ke-3 tertinggi dalam sejarah bola sepak, sekitar £146 juta selepas menghantar permohonan rasmi untuk meninggalkan Liverpool.

Coutinho akan bertemu kembali bekas rakan sepasukannya apabila Liverpool bertandang ke Nou Camp awal pagi nanti dalam perlawanan pertamam peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Walaupun mengakui Coutinho adalah pemain berkelas dunia dan senang untuk bekerjasama, Klopp berkata perpindahan tersebut telah membawa kesan yang positif kepada kedua-dua belah pihak.

2 musim, 2 La Liga. Pilihan mu tepat Coutinho

“Ya, kami sangat merindui Coutinho kerana beliau adalah pemain berkelas dunia dan saya suka bekerjasama dengan beliau.”

“Tetapi kami perlu mencari cara untuk bermain tanpa beliau, dan kami melakukannya dengan cukup baik sekali.”

“Apabila kali pertama saya mendengar Coutinho ingin berpindah ke Barcelona, saya tidak pernah menyangka kami mampu menjadi sebagus sekarang, tanpa Coutinho disisi. Tetapi kami berjaya melakukannya, dan segalanya berjalan dengan baik sekali untuk kedua-dua pasukan.”

Musim lepas menyaksikan Liverpool berjaya mara ke final Liga Juara-Juara Eropah tetapi dikecewakan Real Madrid dalam perlawanan akhir.

Musim ini hanya Barcelona yang menjadi pemisah di antara Liverpool dengan penampilan ke-2 berturut-turut pasukan tersebut di pentas final. Klopp mengakui beliau akan berasa amat gembira jika anak buahnya mampu meraih keputusan seri apabila menentang pasukan yang tidak pernah kalah di gelanggang sendiri dalam peringkat Eropah selama 6 tahun.

Berbeza dengan musim lepas dimana Liverpool tidak bersaing untuk merebut kejuaraan liga, musim ini mereka perlu mencari jalan untuk mengimbangi skuad bagi menghadapi cabaran liga dan peringkat Eropah.

Selepas Barcelona, Liverpool perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pertemuan penting di St. James Park menentang Newcastle yang mana 3 mata wajib dikutip bagi menghidupkan impian mereka untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Ia bakal menjadi penutup musim yang cukup sibuk buat Liverpool, tetapi Klopp berkata pemainnya sedang menikmati detik ini dimana mereka berjuang untuk memenangi 2 trofi sebelum musim berakhir.

Pemain yang meninggalkan Liverpool demi cita-cita untuk memenangi trofi

“Ia cukup menakjubkan. Satu-satunya perkara yang lebih baik dari sekarang adalah jika ada pihak memberitahu kami yang Liverpool sudah muncul juara.”

“Tetapi itu bukan satu masalah. Kami dalam keadaan baik. Kami suka dengan situasi sekarang, hasil titik peluh dan usaha para pemain.”

“Kami berada dalam situasi yang menakjubkan, terbang ke Barcelona. 2 tahun lepas, ia merupakan perkara yang besar jika kelab ini berjaya layak ke Liga Juara-Juara Eropah. Sekarang kami sudah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir untuk 2 musim berturut-turut.”

BACA:  Virgil van Dijk Dedah Punca Utama Mengapa Beliau Menyertai Liverpool