Klopp Tidak Puas Hati Dengan Budak Milo

Jurgen Klopp telah terlibat dalam satu pertengkaran dengan budak milo dalam perlawanan yang menyaksikan Liverpool seri 3-3 walaupun pada satu ketik mendahului 3-0.

Pada minit ke-28, Liverpool yang ketika sudah mendahului dengan dua gol telah mendapat lontaran ke dalam. Biasa budak milo baling dari tepi je bola.

Oleh kerana Joe Gomez terhegeh-hegeh terkemut-kemut budak milo tersebut telah pergi dan memberi bola terus ke tangan Joe Gomez.

https://twitter.com/SoccerNationNg/status/933094170318663680

Tindakan budak milo itu yang mahu mempercepatkan permainan nyata membuatkan Klopp marah dan tidak berpuas hati.

Klopp menolak budak itu ke tepi dan menyuruh budak milo itu pergi.

Pasti budak milo itu tersenyum riang selepas perlawanan dengan kebangkitan Sevilla.

Baca Juga

Baca Juga