Koleksi 13 Kad Merah Di Liga Super 2018

Sepanjang musim 2018 Liga Super berlangsung hanya 13 kad merah sahaja yang telah dilayangkan daripada 264 perlawanan yang dilangsungkan dan kad merah paling ganas pilihan The Sukan menjadi milik Paulo Rangel.

Impaknya sangat besar dan Kedah dilaporkan tidak akan menyambung kontrak kerana insiden ini. Dengan tidak semena-mena Rangel datang merempuh kemudian seperti dirasuk melepaskan sepakan dan sikuan namun tiada yang cedera. Gila.

Perlawanan menjadi panas selepas Paulo Rangel merempuh Farizal Marlias ketika sedang berebut bola dengan Sandro di dalam jaring. Ketika itu JDT bermain 10 orang.

Senarai Penuh 13 pemain yang mengutip Kad Merah Sepanjang 2018 di Liga Super :

1. Liridon Krasniqi 82′ – Kedah 1-3 Perak (07 Februari 2018)
2. Willian Pacheco 85′ – Perak 3-0 Selangor (11 Mac 2018)
3. Mohd Alif bin Samsudin 45’+2 – Melaka United 1-2 Perak (02 Mei 2018)
4. Daniel Ting 86′ – Melaka 1-1 PKNS FC United (23 Mei 2018)
5. Mohamad Khairul Asyraf bin Ramli 90’+5 – Kelantan 0-1 Kedah (08 Jun 2018)
6. Safuwan Baharudin 69′ – JDT 1-0 Pahang (08 Jun 2018)
7. Zhafri Yahya 69′ – Melaka United 2-4 Kuala Lumpur (09 Jun 2018)
8. Mohd Zafuan Aidil 72′ – JDT 2-0 Terengganu (20 Jun 2018)
9. Lawrence Corbin-Ong 65′ – Kedah 1-2 JDT (13 Julai 2018)
10. Paulo Rangel 80′ – Kedah 1-2 JDT (13 Julai 2018)
11. Indraputra Putra Mahayuddin 64′ – Selangor 3-3 Kuala Lumpur (15 Julai 2018)
12. Romel Morales 83′ – PKNP FC 0-1 PKNS FC (18 Julai 2018)
13. Hamid Sukri 84′ – PKNP FC 0-1 PKNS FC (18 Julai 2018)

Baca Juga

Baca Juga