Koleksi Meme Troll Sempena Lahirnya ‘Spanish Karius’ Di Nou Camp Semalam

Penjaga gol Manchester United, David De Gea mungkin mahu melupakan persembahan beliau ketika menentang Barcelona awal pagi tadi dengan secepat mungkin.

Mana tidaknya, gol ke-2 Barcelona yang dijaringkan Lionel Messi berpunca dari kesilapan beliau yang gagal menangkap bola dengan baik.

De Gea nak tangkap anak ayam ke tu ?

Dalam perlawanan timbal balik di Nou Camp awal pagi tadi, Manchester United ditunjukkan jalan keluar oleh Barcelona hasil dua gol daripada Lionel Messi dan satu gol lagi daripada bekas pemain Liverpool, Philippe Coutinho.

Sebelum perlawanan bermula, kedengaran cakap-cakap dari peminat Manchester United yang yakin pasukan mereka akan mempamerkan kebangkitan seperti yang pernah ditunjukkan ketika menyingkirkan Paris Saint-Germain tidak lama dahulu.

Messi is back selepas berdarah disiku Smalling minggu lepas

Tetapi mereka tidak sedar sebenarnya Manchester United mampu bangkit di Pac des Princes hasil bantuan VAR dan kesilapan bodoh pemain PSG. Dalam erti kata lain, pasukan Setan Merah hanya menang nasib ketika itu.

Pertembungan di Nou Camp semalam membuktikan Manchester United bukanlah calon untuk bergelar juara Liga Juara-Juara Eropah musim ini, tidak seperti Liverpool.

Messi membuktikan mengapa beliau layak diangkat menjadi pemain terbaik dunia ketika ini apabila mudah mengayam-ayamkan barisan pertahanan United yang lebih popular dikenali sebagai ‘Young, Blind dan Small’.

Tetapi insiden yang paling mencuri perhatian adalah kesilapan yang dilakukan penjaga gol terbaik dunia dari kaca mata peminat Setan Merah, David De Gea.

Jika dahulu peminat Setan Merah galak mengejek Loris Karius atas kesilapannya ketika bermain dalam pentas final Liga Juara-Juara Eropah, mereka terpaksa menelan pil pahit semalam selepas melihat De Gea melakukan perkara yang sama ketika gol ke-2 Messi.

Peminat Liverpool akhirnya mempunyai sesuatu untuk diejek terhadap Manchester United selepas lama bersabar dengan ejekan terhadap Karius.

Berikut adalah koleksi troll meme dari peminat bola sepak dunia selepas insiden David De Gea bertukar menjadi Karius. Layannnnn

BACA:  Video: Ronaldo Dilihat Mengajar De Gea Cara Menang Duel Dan Menghantar Bola Ke Atas