Bekas pemain pertahanan Arsenal dan Manchester City, Kolo Toure tampil mendedahkan tentang bagaimana kehidupan seorang pemain beragama Islam menjalani ibadah Puasa sambil tetap bermain.
Beliau menceritakan tentang keseimbangan berpuasa di bulan Ramadhan dan bermain di peringkat tertinggi di pentas dunia bola sepak.
Toure yang pernah memenangi dua kali gelaran Premier League itu sangat terkenal sebagai seorang pemain yang patuh kepada perintah agama.
Ramai pemain bola sepak beragama Islam yang beraksi di pentas Premier League atau mana-mana liga utama di dunia ini, yang tetap bermain walau sedang menjalani ibadan puasa.
In the mosque with my team mate in the most expensive mosque in the world in Abu dhaby pic.twitter.com/4p867ULZ
β Kolo Toure (@KoloToure) January 12, 2013
Puasa merupakan satu ibadah yang dituntut oleh agama Islam dan tahun ini, umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan bermula minggu hadapan.
Untuk yang tak tahu, mereka yang berpuasa di bulan Ramadan tidak dibenarkan memasukkan apa-apa ke dalam rongga dari subuh hingga ke maghrib.
Banyak lagi sebenarnya yang perlu dijaga selain dari tak boleh makan dan tak boleh minum, kerana berpuasa menuntut seseorang itu untuk kawal nafsu dari segala sudut.
Salah seorang pemain dari skuad Invincibles Arsenal, Kolo Toure tampil membincangkan tentang cabaran yang beliau hadapi sepanjang satu bulan berpuasa sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Beliau turut mendedahkan tentang bagaimana beliau memahamkan rakan sepasukannya tentang ibadah yang sedang beliau lakukan itu.
π£ "You have to try to be as disciplined as possible.When you come on the pitch and train with your teammates, you give 100% and you have to make sure they don't notice you're doing fasting."
Kolo Toure reflects on his playing days when he was fasting during Ramadan pic.twitter.com/EuDDrdoBVH
β Football Daily (@footballdaily) March 30, 2022
βSaya rasa tak minum air atau cuaca panas melanda diri kamu merupakan satu hal paling sukar sebagai seorang pemain bola sepak.β
Jelas Toure kepada Sky Sports dalam satu siri khas, Ramadan and Me.
Tapi sebaik kamu memulakan Ramadhan, pada hari pertama itu memang sangat sukar, hari kedua sangat-sangat susah. Minggu pertama itu juga sangat-sangat sukar. Dan kemudian badan kamu akan terbiasa dengannya, dan kamu dah mula tak fikir pasal dahaga lagi.β
βSaya tak pernah ada masalah tentang itu. Kamu perlu hormat orang sekeliling kamu. Kamu lakukan hal kamu, tapi kamu bekerja mengikut persekitaran dan kamu juga bekerja bersama orang lain.β
βKamu perlu cuba jadi lebih berdisiplin. Ketika kamu masuk ke padang dan berlatih bersama rakan sepasukan kamu, kamu perlu bagi 100% dan kamu perlu pastikan mereka tak perasan kamu berpuasa.β
βItu kunci dia. Itulah apa yang saya cuba lakukan sepanjang masa. Saya cuba untuk lebih beri tumpuan pada latihan, dan saya cuba untuk tak tunjukkan kelemahan saya.β
Pemain kebangsaan Ivory Coast itu juga mendedahkan yang beliau lebih bagus berbanding Yaya Toure jika berbicara tentang berpuasa.
Dari segi kemampuan di atas padang, beliau mungkin kalah nak dibandingkan dengan Yaya, namun dari segi kekuatan mengharungi ibadah Puasa, Kolo lebih hebat.
Toure merupakan salah seorang barisan kejurulatihan di bawah pengurusan Brendan Rodgers di Leicester City dan ada satu detik menakjubkan pada tahun lalu, ketika Wesley Fofana berbuka Puasa pada minit ke-34 perlawanan dalam aksi saingan Premier League bertemu Crystal Palace.
Fofana breaking his fast mid-game π₯ pic.twitter.com/KkLbKFrYEB
β Khaled Abdallah (@khaled74) April 26, 2021
Dalam satu kenyataan yang mengharukan, pemain pertahanan itu mengucapkan terima kasih kepada Premier League, Crystal Palace dan Vicente Guaita kerana membenarkan beliau berbuka Puasa.
βCuma mahu mengucapkan terima kasih kepada Premier League, juga kepada Crystal Palace, Vicente Guaita, semua rakan sepasukan kerana membenarkan saya untuk berbuka Puasa malam ini ketika permainan sedang berlangsung. Itulah yang membuatkan bola sepak semakin indah.β
Just wanted to thank the @premierleague as well as @CPFC , @vguaita13 all the Foxes for allowing me to break my fast tonight in the middle of the game. That's what makes football wonderful ππΎβπΎ#WF3 #PourEux pic.twitter.com/d56o8A8ZGo
β LAWESTT (@Wesley_Fofanaa) April 26, 2021
Seminggu sebelum itu, Rodgers terpaksa mengeluarkan Fofana demi kerana mahu memberi ruang kepada pemainnya itu untuk berbuka Puasa ketika sedang beraksi bertemu West Brom.
Sumber: SPORTbible