Komen Gerrard Bila Tahu Sir Alex Menganggap Dia Bukan Pemain Hebat

Steven Gerrard memberi respond yang paling jujur atas kenyataan dari Sir Alex Ferguson yang menganggap beliau tidak berada ditahap sebagai seorang pemain yang hebat.

Dalam autobiography Sir Alex Ferguson pada tahun 2013, beliau telah menulis:

“Saya salah seorang dari segelintir yang merasakan Gerrard bukanlah pemain yang hebat.”

Legenda Liverpool itu telah muncul dalam rancangan The Clare Balding Show beberapa tahun lalu, di sana beliau telah ditanya tentang komen yang dibuat oleh Sir Alex Ferguson keatasnya.

Gerrard dengan tenang menjawab bahawa dirinya sedikit terasa tetapi komen itu tidak membuat tidornya terganggu.

Gerrard turut mendedahkan bahawa Sir Alex Ferguson pernah cuba untuk membawanya beraksi bersama Manchester United ketika zaman kanak-kanaknya.

“Saya pernah pergi sesi ujian di Manchester United dan mendapat surat dari mereka yang mahu menandatangani saya untuk perjanjian selama tujuh tahun.”

Jelas Gerrard dalam BT Sport show.

“Saya adalah peminat utama Alex Ferguson dan apa yang telah beliau lakukan dalam permainan ini sangat menakjubkan. Kerana itulah beliau berjaya menjual begitu banyak autobiographynya sejak minggu pertama lagi.”

“Saya agak terasa apabila membaca komennya itu, dan bila dia cakap saya bukanlah pemain yang hebat saya masih tidur nyenyak. Semua orang berhak untuk memberi pandangan peribadi masing-masing.”

“Dia cuba untuk menandatangani saya pada awal musim 2002/03, dia cuba sekali lagi untuk membawa saya beraksi bersama United, jelas saya tolak, jadi saya tidak boleh menyimpan dalam hati dengan apa yang dia komen. Cuma saya sedikit terasa kerana saya peminat no 1 dia.”

Ada satu lagi berita menarik mengenai kapten Liverpool yang lain dalam autobiography Sir Alex. Beliau menjelaskan bahawa United melepaskan peluang untuk menandatangani Jordan Henderson kerana mempunyai masalah dengan gaya lariannya.

“Kami selalu perhatikan Jordan Henderson dan Steve Bruce sangat bersemangat tentangnya.”

Tulis Ferguson dalam autobiographynya.

“Tetapi kami dapati gaya lariannya agak pelik, dia berlari guna lututnya dan belakangnya juga lurus.”

“Pemain bola sepak moden itu berlari dari pinggulnya, dan kami menyangka langkah ini dapat menyebabkannya masalah dalam kariernya,”

Tambah legenda United itu.

Henderson sejak beliau berjaya membantu Liverpool menjulang Piala Liga Juara-juara, dan bermain di role yang baru bawah kendalian Klopp, beliau sering menjadi perhatian dan mendapat puji pujian dari ramai pihak.

Bercakap kepada Daily Mail pada tahun 2014:

“Jika anda membaca apa yang dikatakan, dia dan Steve Bruce sedang berbicara dan Steve sangat memuji saya pada waktu itu

“Dan Sir Alex memutuskan untuk tidak mahu menandatangani saya kerana gaya saya berlari. Saya rasa saya harus lakukan sesuatu untuk pastikan mereka melihat dan menilai saya dengan betul.”

Jordan Henderson beraksi sangat cemerlang musim ini dengan menjadi antara pemain tengah terbaik dalam saingan premier league serta tercalon dalam Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA.

BACA:  Perjanjian Rahsia Alonso Bersama Leverkusen Yang Menjadikan Dirinya Pengganti Klopp Di Liverpool