Kompany Memilih Van Dijk Sebagai Pertahanan Terbaik Sepanjang Zaman EPL

Vincent Kompany mendedahkan bahawa bintang handalan Liverpool, Virgil Van Dijk merupakan pemain pertahanan terbaik dalam sejarah premier league.

Beliau lebih memilih Virgil Van Dijk berbanding dirinya sendiri serta legenda-legenda yang pernah beraksi bersama setan merah yang pernah menjadi kuasa besar EPL sedekad lalu.

Pemain Belgium yang berusia 34 tahun itu telah melalui kerjaya yang cemerlang bersama Manchester City dan pasukan kebangsaannya Belgium.

Bersama the Citizens, Vincent Kompany telah berjaya memenangi empat kejuaraan liga, dua Piala FA dan empat league Cup.

Kompany telah meninggalkan pasukan Manchester City pada jendela perpindahan musim panas yang lalu.

Beliau baru-baru ini terlibat dalam satu bual bicara yang membincangkan tentang siapa pemain pertahanan terbaik sepanjang zaman dalam saingan premier league.

Pemain kebangsaan Belgium itu telah mengetepikan legenda setan merah, Rio Ferdinand dan legenda Chelsea, John Terry untuk memilih Virgil Van Dijk sebagai pilihannya.

“Saya akan memilih Virgil Van Dijk sebagai pertahanan terbaik dalam sejarah Premier League.”

Jelas Kompany kepada Sporf.

“Ia memang pilihan yang agak aneh memandangkan dia baru lagi dalam saingan Premier League berbanding Terry dan Ferdinand. Kedua-dua mereka sudah beraksi begitu lama dalam liga ini.”

“Tetapi isyarat yang diberikan Van Dijk dalam beberapa musim terakhir ini menjadikannya sangat jelas bahawa jika dia pernah berada dalam liga ini lebih lama, dia akan menjadi jauh lebih baik.”

“Dia memberi impak yang besar kepada pasukannya.seorang pertahanan tidak akan berdiri sendirian, ia adalah tentang komunikasinya terhadap rakan sepasukan yang lain dan membuatkan pasukannya lebih kuat serta bersemangat.”

“Liverpool sebelum kemunculan Van Dijk sudah berlalu dan Liverpool selepas adanya Van Dijk sangat berbeza dan luar biasa hebat.”

Liverpool membelanjakan £75 juta untuk mendapatkan Virgil Van Dijk daripada Southampton pada tahun 2018.

Pertahanan Belanda yang kini berusia 28 tahun itu kini menjadi nadi utama pasukan dan berjaya membantu skuad the red memenangi tiga Piala utama musim lalu, Liga Juara-juara, Super Cup dan FIFA Club World Cup.

Liverpool juga hampir memenangi saingan liga musim lalu dan musim ini mereka hampir memenangi saingan liga musim ini dengan kelebihan 25 mata mengatasi Manchester City.

Kekuatan utama pasukan Liverpool musim ini adalah berpunca dari kehebatan Van Dijk yang mengawal barisan pertahanan dengan cukup sempurna.

Beliau juga tercalon dalam Anugerah pemain terbaik tahunan PFA musim ini.
Musim lalu juga Van Dijk telah mempamerkan aksi luar biasa hebat sehingga menduduki tangga kedua dalam anugerah Ballon d’or dibelakang Lionel Messi.

BACA:  Cummins Menganggap Van Dijk Terlalu Hebat Dan Mengagumkan