Komputer Super Ramalkan Arsenal Akan Julang UEL Musim Ini

FiveThirthyEight menggunakan data khas daripada super computer mereka untuk mengira kebarangkalian pasukan yang akan menang Europa League musim ini.

Menariknya, Arsenal diletakkan peratusan tertinggi mengatasi Barcelona.

Data data ini dikumpul berdasakan statistik prestasi pasukan musim ini.

Selain daripada statistik lain seperti XG dan XA yang merujuk kepada kemungkinan gol atau kemungkinan assist terhasil.

Arsenal kini berada dalam persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan mereka dianggap pasukan yang paling tinggi peluang untuk menang.

Berikut adalah 4 pilihan teratas super computer tersebut yang dipasang dengan antivrus Avira payung yang bising suruh update.

1. Arsenal – 21%

Arsenal dianggap calon utama untuk menang kali ini. Dalam sejarah Arsenal mereka tidak pernah memenangi piala eropah yang utama iaitu UCL dan Europa League yang dahulu digelar UEFA Cup.

Mereka pernah menang Cup Winners Cup pada 1994. Namun ianya tidak disenarai sebagai piala eropah utama. Membuatkan Arsenal agak malang untuk tidak pernah menang UCL atau Europa League walaupun pernah mara ke final dalam 2 pertandingan tersebut.

Beberapa tahun lalu mereka mara ke final UEL ketika dibimbing pakar UEL iaitu Unai Emery, namun mereka ditewaskan jiran tetangga mereka Chelsea dalam perlawanan akhir.

Musim ini peminat Arsenal boleh dah sedia meraikan kejayaan eropah pertama mereka.

Tetapi sebelum itu, Arsenal harus memperbaiki prestasi mereka sekali lagi. Selepas beberapa keputusan kurang memberangsangkan dicipta.

2. Barcelona – 20%

Barcelona merupakan pemenang UCL 5 kali dalam sejarah kelab itu. Mereka agak malang tersingkir ke Europa League kerana prestasi awal musim yang tidak menentu.

Kini Barcelona sudah mendapat rentak mereka dan berada di puncak La Liga.

Mereka dianggap antara pasukan terkuat di Eropah pada masa ini. Jadi komputer super memberikan ramalan bahawa Barcelona calon juara dengan 20% kebarangkalian.

Mereka terikat 2-2 dalam aksi play off kalah mati UEL menentang Man United untuk first leg.

Anak anak buah Xavi ada tugas berat menanti mereka di Old Trafford yang merupakan gelanggang keramat pasukan terhebat di dunia, Manchester United.

3. Ajax – 9%

Ajax merupakan pasukan yang pernah menjuarai UCL dalam sejarah kelab itu.

Mereka juga pernah mara ke separuh akhir UCL pada 2019 ketika di bawah Erik Ten Hag. Pasukan yang menghasilkan ramai bintang baru di arena bola sepak dunia.

Ajax musim ini agak bergelut di peringkat domestik selepas ditinggalkan Ten Hag. Namun mereka kini semakin bertambah baik.

Ajax juga memiliki beberapa bintang yang bersinar ketika ini termasuk Mohamed Kudus yang menjadi sasaran banyak kelab besar eropah yang lain.

4. Feyenoord, Real Sociedad, Man United – 5%

Agak menarik kerana ada 3 pasukan diletakkan harapan cuma 5% untuk memenangi UEL.

Kalau mengambil kira prestasi semasa, Man United berada dalam prestasi yang sangat baik ketika ini.

Penyerang mereka, Marcus Rashford sedang dalam prestasi terbaik dalam karier kelabnya.

Dia berterusan mencetak gol dan mencetak assist untuk rakannya. Rashford benar benar menikmati peranannya di Man United di bawah Ten Hag pada ketika ini.

Erik Ten Hag berjaya membantu Man United bangkit menjadi pasukan digeruni sekali lagi.

Sebagai rekod, Man United pernah menang UEL ketika di bawah kendalian Jose Mourinho.

Perlawanan pertama mereka menentang Barcelona dalam play off berakhir 2-2. Dengan aksi kedua di Old Trafford sudah pastinya akan membuatkan Barcelona gemuruh jiwa mereka.

Feyenoord dan Real Sociedad dianggap sebagai kuda hitam dalam persaingan kali ini.

BACA:  Arsenal Buat Mesyuarat Tergempar Dengan Penaja Kerana Post Elneny: "Palestine Lives Matter"