Kontrak Pemain Israel, Sagiv Yehezkel Dibatalkan Kerana Raikan Gol Penuh Kontroversi

Kontrak Pemain liga Turki yang berasal dari Israel diberi nama Sagiv Yehezkel dilaporkan telah dibatalkan oleh kelabnya Antalyaspor selepas meraikan jaringan dengan penuh kontroversi.

Dalam perlawanan petang Ahad waktu Turki, Antalyaspor telah melayan kunjungan Trabzonspor di Stadium Antalya dalam perlawanan Turkish Super Lig.

Perlawanan antara Antalyaspor dan Trabzonspor berakhir dengan keputusan seri 1-1 di mana Sagiv Yehezkel muncul wira apabila menyamakan kedudukan gol minit kedua pemain Trabzonspor, Taxiarchis Fountas.

Jaringan penyamaan Sagiv Yehezkel bak superhero itu langsung tidak menjadi bualan tetapi yang menjadi topik utama adalah cara dia meraikan jaringan tersebut.

Pemain tengah dari Israel itu telah mengangkat tangan kiri dan menunjukkan dengan tangan kanan balutan yang tertera tulisan ‘100 hari’ berserta logo bintang daud.

Mesej itu bersempena 100 hari mereka yang telah ditangkap ketika perang di Gaza dan menjadi tebusan. Kononnya merekalah mangsa.

Sebagai tindak balas kepada keraian penuh kontroversi dan tak berakal Sagiv Yehezkel itu, Antalyaspor terus mengeluarkan kenyataan rasmi yang agak keras lagi tegas.

Presiden Kelab Sinan Boztepe berkata:

“Dalam perlawanan Trabzonspor yang kami mainkan hari ini, saya menyaksikan dengan sedih dan terkejut bahawa Sagiv Jehezkel bertindak menentang sensitiviti Antalya, Antalyaspor dan negara kita.

“Siaran segera selepas gol di akaun media sosial rasmi kelab kami telah dialih keluar serta-merta selepas isu itu disedari.”

“Saya mahu seluruh orang ramai tahu bahawa saya tidak akan membenarkan tingkah laku sebegitu sepanjang tempoh saya sebagai presiden, tidak kira apa kejayaan besar yang mungkin akan datang.”

“Ketika kita terus terlibat dalam sukan dan padang hijau dan melihat pemain bola sepak kita sebagai atlet tanpa diskriminasi agama, bahasa atau bangsa, saya tidak pernah merestui langkah ini yang boleh menimbulkan spekulasi. Tiada siapa yang perlu ragu bahawa saya akan melakukan apa yang perlu mulai sekarang, sama seperti hari ini.”

Menurut Agensi Berita Demiroren, melalui Fanatik, Boztepe berkata kontrak Yehezkel boleh ditamatkan dalam masa terdekat dan setakat ini belum ada kenyataan rasmi.

“Saya melihat foto itu. Nilai kebangsaan kita mengatasi segala-galanya. Tidak kira berapa banyak kerugian. Kami akan terus pertahanannya dan kemungkinan besar dia akan meninggalkan skuad.”

“Selepas pembelaannya, kami akan menamatkan kontraknya dan berpisah dengan pasukan. Nilai kebangsaan kita lebih penting daripada segala-galanya.”

Baca Juga

Baca Juga