Koulibaly Minta Bekas Bosnya Supaya Hormat Pasukan Kebangsaan Afrika

Pemain pertahanan terbaharu Chelsea, Kalidou Koulibaly tampil memberi respon kepada kenyataan Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis yang tidak mahu lagi mengikat pemain Afrika melainkan mereka menandatangan perjanjian tidak mahu beraksi di Piala Negara-Negara Afrika.

Aurelio De Laurentiis yang bercakap atas kapasiti seorang pemilik kelab telah mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan kenyataan ini dalam satu temuramahnya bersama media.

Kalidou Koulibaly, yang telah menukar Stadio Diego Armando Maradona dengan Stamford Bridge bulan lalu, tidak berpuas hati dengan cara negara Afrika dilayan.

Pemain kebangsaan Senegal itu menuntut orang ramai supaya semua orang menghormati pasukan kebangsaan Afrika seperti pasukan kebangsaan Eropah.

Kalidou Koulibaly tampil memberi respon kepada kenyataan bekas bosnya itu ketika di Napoli ketika sidang media bersama Chelsea:

“Terpulang kepada dia (Aurelio De Laurentiis) jika dia mahu becakap mengenai perkara ini. Tapi bagi aku sangat penting untuk sentiasa hormatkan semua orang.”

“Bila aku beraksi di sana (Napoli), aku juga bermain untuk Senegal. Sangat jelas detik sukar dihadapi mereka apabila kami ke AFCON tapi kami menang dan aku sangat gembira hari ini.

“Aku sangat menghormati seitap pasukan kebangsaan. Kau tidak boleh bercakap tentang pasukan kebangsaan Afrika seperti ini. Kau perlu menghormati seperti yang kau ada untuk pasukan Eropah.”

Seperti pemain bola sepak profesional lain, Kalidou Koulibaly juga tidak terkecuali di mana sudah menjadi impian setiap pemain untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan masing-masing.

“Aku suka bermain untuk negara aku dan tiada seorang pun boleh mengarahkan aku supaya tidak bermain untuk negara aku.”

Jelas di sini Koulibaly faham apa yang cuba disampaikan oleh Aurelio De Laurentiis dan dia juga sedar ketiadaannya ketika AFCON telah memberi kesukaran buat Napoli tetapi sudah pasti pasukan kebangsaan sendiri lebih utama.

“Sebagai kapten Senegal, aku fikir ia bukan cara yang baik untuk bercakap tentang pasukan kebangsaan tetapi aku menghormati apa yang dia fikirkan. Jika dia fikir pasukan itu boleh bermain tanpa pemain Afrika maka itu terpulang kepadanya. aku fikir tidak semua orang mempunyai idea yang sama tentang kelab seperti dia.”

“Aku kenal semua orang di sana. aku kenal penyokong dan mereka tidak berfikiran begini. Aku tahu beberapa orang yang menjadi sebahagian daripada persatuan dan pasukan ini yang tidak mempunyai idea yang sama dengannya. Ia bukan idea masyarakat atau bandar kerana bandar ini sangat menghormati semua orang.”

Kenyataan Koulibaly ini menyusul selepas Aurelio De Laurentiis telah membuat pengumuman mengejut apabila menyatakan kelab Serie A itu tidak akan membeli atau menandatangan pemain dari Afrika.

Aurelio De Laurentiis berkata Napoli akan mendapatkan pemain dari Afrika jika ada pemain yang sanggup membuat perjanjian bahawa mereka tidak akan beraksi di kejohanan itu.

Awal tahun ini pemain pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly yang telah bersama Chelsea membuat penampilan di AFCON bersama pemain tengah Cameroon, Andre Zomba Anguissa.

Situasi ini menyaksikan Napoli telah kehilangan khidmat Kalidou Koulibalu dan Andre Zomba Anguissa untuk tugasan antarbangsa hampir sebulan (Januari dan Februari) dan terlepas beberapa perlawanan penting bersama Napoli.

“Saya memberitahu mereka, jangan bercakap dengan saya tentang pemain Afrika lagi!”

“Saya sayang mereka, tetapi sama ada mereka menandatangani sesuatu yang mengesahkan mereka akan berundur daripada bermain Piala Negara-Negara Afrika.”

“Kami adalah orang bodoh yang membayar gaji hanya untuk menghantar mereka ke seluruh dunia bermain untuk orang lain.”

Pandangan Aurelio De Laurentiis ini adalah dari prespektifnya selaku pemilik kelab dan juga seorang ahli perniagaan yang sudah pastinya tidak mahu mengalami kerugian.

BACA:  Manchester City Tawar Napoli £44 Juta Untuk Jorginho