Krisis kecederaan Spurs semakin meruncing apabila pemain tengah England, Dele Alli terpaksa meninggalkan padang berikutan kecederaan hamstring ketika aksi menentang Fulham awal pagi tadi.
Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino mengakui kecederaan yang dialami Alli tidak kelihatan begitu baik dan ini bakal membuatkan keadaan menjadi semakin sukar buat Pochettino yang sudah pon berdepan masalah kecederaan sebelum perlawanan bermula.
Spurs akan berkunjung ke Stamford Bridge dalam aksi separuh akhir Piala Carabao dengan membawa bekalan 1-0 hasil kemenangan di Wembley tempoh hari. Mereka bakal berdepan The Blues tanpa khidmat dua pemain berpengaruh, Harry Kane yang mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki dan Son Heung-Min yang kini mewakili Korea Selatan di Piala Asia ketika ini.
Namun begitu, sedikit berita gembira buat Spurs kerana Lucas Moura mungkin boleh diturunkan berdepan Chelsea walaupun beliau tidak beraksi menentang Fulham malam tadi kerana masalah kecederaan.
Pemain seperti Moussa Sissoko dan Victor Wanyama masih lagi dibelenggu masalah kecederaan yang berterusan dan Pochettino kini berharap Alli tidak mengalami kecederaan serius yang mampu menyebabkan beliau tidak bermain dalam tempoh yang lama.
Alli mengalami masalah hamstring ketika perlawanan mengakhiri penghujung, sekitar minit ke-86 ketika beliau sedang mengejar bola. Melihat pada cara beliau mengalami kecederaan tersebut, realistik untuk kita katakan Alli tidak akan dapat bermain sekurang-kurangnya 4 minggu.
Pochettino juga pernah berkata sebelum ini beliau tidak akan masuk ke dalam jendela perpindahan Januari yang sedang dibuka bagi menyelesaikan krisis kecederaan Spurs, sambil menganggap ia sebagai pilihan yang tidak realistik.
“Kami perlu menilai keadaan Dele Alli dalam beberapa hari selepas ini tetapi ia adalah kecederaan di bahagian hamstring dan kami perlu lebih berhati-hati dari segi mekanism kecederaan tersebut.”
“Kami perlu menilai terlebih dahulu tetapi sudah tentu ia tidak kelihatan berapa baik. Ketika dalam padang tadi, saya rasa kita semua setuju apabila Alli membuat isyarat beliau mengalami masalah hamstring, ia merupakan situasi yang tidak bagus untuk dilihat.”
Walau bagaimanapun, Pochettino masih lagi opitimistik dengan peluang Spurs musim ini sambil berkata krisis kecederaan ini mungkin akan membuka pintu buat pemain lain untuk menyerlah.
“Saya tidak berapa risau kerana ia bakal memberi peluang yang hebat kepada pemain-pemain lain. Kami akan pergi ke Chelsea untuk mencari kemenangan.”
“Kami berharap Alli tidak mengalami masalah kecederaan yang serius tetapi perkara paling utama sekarang adalah untuk terus percaya.”
https://twitter.com/SoccerNationNg/status/1087050896217948162
“Hari ini Lucas Moura sudah turun menjalani latihan. Kami tidak mahu mengambil risiko dengan menurunkan beliau menentang Fulham tetapi beliau semakin menghampiri 100%. Mungkin Alli tidak akan bermain nanti tetapi kami akan mempunyai Lucas di bangku simpanan atau pon dalam kesebelasan utama.”