Kritikan Paul Merson Mengenai Maguire Pada 2019 Kembali Viral Dan Terbukti Benar

Kritikan pedas dan tak beralas Paul Merson ketika Manchester United mendapatkan pemain pertahanan Leicester City, Harry Maguire pada jendela perpindahan musim panas 2019 kembali viral dan terbukti benar.

Selepas semusim bersama Manchester United, prestasi hambar Harry Maguire pada musim lalu yang membawa kepada musim terkini menyebabkan kritikan Paul Merson kembali menjadi sebutan peminat bola sepak.

Harry Maguire telah menyertai Manchester United dengan yuran perpindahan sebanyak £80 juta sekaligus menjadi pemain pertahanan termahal dunia memecahkan rekod yang dipegang oleh Virgil Van Dijk.

Hanya selepas setengah musim bersama Setan Merah, Harry Maguire telah dilantik sebagai ketua pasukan selepas Ahsley Young telah memilih haluan ke Italy bersama Inter Milan pada bulan Januari.

Ramai yang mempertikaikan perlantikan ini, namun kehadiran Bruno Fernandes yang cemerlang membantu Setan Merah menamatkan liga ditempat ketiga dan memastikan slot ke UEFA Champions League.

Walaubagaimanapun, Manchester United telah melepaskan 11 gol dalam tiga perlawanan pertama Premier League musim 2020/21 membuatkan ramai mempersoalkan kredibiliti pemain bahagian pertahanan.

Bekas pemain Arsenal, Paul Merson telah memberitahu Sky Sports pada Ogos 2019 bahawa yuran perpindahan Maguire pada ketika itu sangat mengarut pada tahap dewa dan kini ramai mula bersetuju dengan Paul Merson.

Dalam rancangan Gillette Soccer Saturday yagn disiarkan oleh Sky Sport, Paul Merson telah berkata:

“Aku risaukan Manchester United, aku tak nampak ini satu urusan perpindahan yang baik. £80 juta untuk Harry Maguire merupakan satu perkara mengarut. Mengarut tahap dewa. £80 juta…”

Paul Merson kemudian memberikan hujah untuk membuktikan bahawa £80 juta untuk Maguire sangat mengarut dengan menceritakan peranan Maguire bersama England dan Leicester City.

“Kau perlu ingat bersama England tiga pertahanan dimainkan, bila kau main dengan 3 pertahanan kau lakukan benda tu hanya dengan satu sebab sahaja – Pemain pertahanan tak cukup bagus dan kau tak percayakan mereka. Maguire melakukannya dengan baik bersama England.”

“Kau juga perlu ingat semasa Maguire bersama Leicester mereka bermain dengan turun ke bawah dan pertahanan akan berada di hujung kotak dan dibelakang tiada ruang.”

“Bola datang dia tanduk keluar dan dia melarikan bola dari kotak.

Bersama England dan Leicester City mereka akan bermain satu unit, ketika bertahan midfield akan jadi lapisan pertama pertahanan dan melindungi bahagian pertahanan.

Situasi ini akan mengecilkan ruang dan memaksa lawan melambung bola ke kawasan penalti dan mudah untuk Maguire menanduk keluar serta memberi masa kepada pertahanan untuk menutup segala ruang.

Dan Paul Merson pada ketika itu sudah meramalkan Maguire akan berada digarisan tengah atau berada lebih tinggi sedikit pabila beraksi bersama Manchester United dan itu juga terbukti benar.

“Bila bersama Manchester United kau akan berada di garisan tengah padang dan bila kau bermain menentang pasukan seperti Arsenal dab bola pula dilambungkan kepada Pierre Emerick-Aubameyang dan jika Manchester City hantar bola kepada Sergi Aguero, mam-pus nak kejar.”

Dan itulah terjadi dalam kebanyakkan perlawanan apabila Maguire mudah ditewaskan pemain lawan apabila berada di kawasan tengah lalu hanya mampu melihat kelajuan pemain Premier League yang seperti pelesit.

Musim pertama Maguire bersama Manchester United tidaklah begitu teruk apabila berada dikedudukan ketiga pasukan paling sedikit bolos tapi kesilapan demi kesilapan mudah diawal musim ini menjagi sesuatu yang membimbangkan.

Dengan gelaran pemain pertahanan termahal dunia maka ramai yang mahukan Maguire memberikan aksi lebih meyakinkan dan bukannya aksi kelakar demi aksi kelakar di padang.

BACA:  Manchester United Sanggup Bayar £10 Juta Supaya Maguire Berambus