Kroos Dedah Apa Yang Beliau Bualkan Bersama Ronaldo Selepas Tamat Perlawanan Jerman Bertemu Portugal

Toni Kroos telah mendedahkan apa yang beliau dan Cristiano Ronaldo bualkan ketika mereka dilihat saling berbisik selepas tamat perlawanan Jerman bertemu Portugal kemarin.

Mereka berdua dilihat berbual sambil menutup mulut dengan menggunakan tangan seolah berbisik selepas tamat aksi kemenangan 4-2 Jerman menewaskan Portugal.

Tujuan kedua-dua mereka menutup mulut masing-masing adalau untuk mengelakkan kamera merakam gerak bibir dan mengetahui apa yang sedang mereka bincangkan.

Ada satu ketika, pertahanan Portugal, Pepe turut sertai kedua-dua pemain itu untuk melengkapkan reunion bintang Real Madrid yang ada dalam perlawanan tersebut.

Ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang dibincangkan oleh kedua-dua Kroos dan Ronaldo ketika itu dan pelbagai andaian yang telah dilakukan oleh para peminat.

Terbaru, pemain midfield Jerman itu telah mendedahkan apa yang sebenarnya beliau dan Ronaldo bincangkan pada ketika itu.

Kross menjelaskan yang beliau dan Ronaldo hanya membincangkan tentang pertandingan ini dan beliau turut bertanya kepada pemain Portugal itu tentang perasaannya beraksi di Itali.

“Saya beraksi bersama Ronaldo selama empat musim, dan saya bukan hendak menunjuk jika saya kata yang saya melalui karier yang gemilang ketika bersama dia, dan saya berterima kasih padanya.”

Jelas Kroos dalam Einfach mal Luppen podcast, ketika beliau ditanya tentang apa yang mereka berdua bualkan ketika itu.

“Kami sering bersama ketika di bilik persalinan sepanjang tempoh tersebut dan saya bangga dapat jumpa dia lagi. Kami sudah lama tidak bertemu, Real masih belum berjumpa dengan Juventus.”

“Kami berbincang tentang perlawanan itu dan perlawanan akan datang. Saya mendoakan yang terbaik untuk dia, saya harap mereka akan mereka ke peringkat seterusnya, begitu juga dengan kami.”

“Juga, saya tanya dia bagaimana dia menyesuaikan diri di Itali kerana dia sudah berada di sana selama tiga tahun.”

Kroos dan Ronaldo merupakan nadi penting untuk Real Madrid pada ketika itu dengan gandingan mereka berjaya membawa tiga kejuaraan Champions League secara berturut-turut pada 2016 hingga 2018.

Jadi sangat menakjubkan untuk melihat hubungan mereka masih akrab dan rapat sehingga ke hari ini, walau sudah tidak beraksi dalam satu pasukan yang sama lagi.

Bahkan, reunion mereka berdua tidak sekadar berakhir di atas padang sahaja, tetapi mereka berdua turut saling bertukar jersi ketika masuk ke bilik persalinan di Munich itu.

“Selepas tamat perlawanan, kamu tak ada begitu banyak masa lagi.”

Jelas Kroos lagi.

“Di dalam bilik persalinan kami bertukar jersi. Saya gembira dapat jumpa dia di sini.”

Melibatkan soal bertukar jersi, salah seorang pemain Jerman, Robin Gosens pernah melalui detik yang memalukan ketika beliau meminta untuk bertukar jersi dengan Cristiano Ronaldo.

Gosens sebelum ini pernah dimalukan oleh Cristiano Ronaldo yang menolak untuk bertukar jersi dengannya selepas tamat perlawanan.

Beliau ketika itu beraksi bersama Atalanta bertemu Juventus dalam saingan Serie A, dan pada ketika itulah beliau telah meminta Cristiano Ronaldo untuk bertukar jersi.

Sayangnya pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu tidak berminat untuk bertukar jersi dan menyebabkan Gosens berasa malu serta terhina.

Beliau mengenang semula kisah tersebut dalam biography nya, ‘Dreams are Worthwhile.’

“Selepas tamat perlawanan bertemu Juventus, saya cuba untuk penuhi impian saya untuk mendapatkan jersi Ronaldo.”

Tulis Gosens menurut Goal.com.

“Selepas wisel penamat dibunyikan, saya pergi ke arahnya, saya bahkan tidak sertai yang lain meraikan kemenangan kami, tapi Ronaldo tak terima.”

“Saya tanya, ‘Cristiano, boleh saya dapatkan jersi kamu? Dia bahkan langsung tak pandang saya, dia cuma cakap: ‘Tidak!’ saya waktu itu betul-betul malu dan segan. Saya pergi ke tempat lain dan merasa seolah diri saya terhina.”

“Kamu tahu ketika kamu lalui detik yang memalukan dan kamu lihat sekeliling untuk tengok ada orang perasan atau tidak, macam tu lah saya rasa dan mahu sembunyikan apa yang saya rasa.”

Lucunya, rakan sepasukan Gosens bersama Atalanta, Hans Hateboer memberikan hadiah kepadanya dan hadiah itu adalah jersi Cristiano Ronaldo.

Reaksi beliau ketika membuka hadiah tersebut di dalam bilik persalinan Atalanta sungguh priceless.

Ronaldo ketika aksi bertemu Jerman kemarin, beliau berjaya membuka tirai jaringan untuk Portugal yang juga merupakan gol ke-12 beliau dalam saingan European Championship.

Portugal kemudiannya ditimpa musibah berganda selepas membenarkan Jerman mendahului permainan dengan keputusan 2-1, dengan kedua-dua gol itu datangnya dari gol sendiri.

Jerman kemudiannya berjaya meledak lagi dua gol untuk mengesahkan kemenangan 4-2 mereka menewaskan Portugal.

Skuad kendalian Joachim Low selepas ini akan bertemu Hungary untuk aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan, dan mereka hanya memerlukan seri sahaja untuk mara ke peringkat seterusnya.

Kedua-dua Jerman dan Portugal ketika ini mengumpul tiga mata dari dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, dan bakal merebut slot khas untuk ke pusingan kalah mati.

BACA:  Zidane Tidak Akan Tukar Cristiano Ronaldo Dengan Mohamed Salah