Kroos Jaring Gol Terus Dari Sepakan Penjuru Dengan Sangat Pantas

Tony Kroos membuka tahun baru 2020 dengan satu jaringan yang sangat menakjubkan, gol terus dari sepakan penjuru selepas diambil dengan pantas sekali.

Real Madrid menentang Valencia dalam perlawanan separuh akhir Supercopa de España atau Spanish Super Cup yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi.

Sampai ke Jeddah main bolo geng kelab Sepanyol ni.

Supercopa de España 2019 kali ini merupakan kejohanan yang menemukan juara dan naib juara La Liga serta Copa Del Rey. Ada 4 pasukan.

Sebelum ini Supercopa de España menemukan juara La Liga dan Copa del Rey macam Piala Sumbangsih la.

Tahun tahun 2019 menyaksikan pertandingan empat penjuru ini membabitkan pasukan Real Madrid, Barcelona, Valencia dan Atletico Madrid.

Dengan nilai komersil yang ada padakelab Eropah dan duit yang tidak kehabisan di negara Arab maka kejohanan ini diadakan di Arab Saudi.

King Abdullah Sports City di Jeddah, Arab Saudi akan menjadi gelanggang Supercopa de España untuk tempoh 3 tahun dengan nilai perjanjian €120 juta.

Perlawanan pertama menemukan Real Madrid dan Valencia menyaksikan Tony Kroos mencipta keajaiban dengan satu gol cukup genius pada minit ke-15.

Real Madrid mendapat sepakan penjuru dan Kroos segera mengesan situasi yang menguntungkan Real Madrid dengan satu sepakan penjuru pantas.

Ketika penjaga gol Valencia, Jaume Domenech dan rakan-rakan sedang bersedia untuk sepakan penjuru Kroos terus melakukan sepakan.

Satu sepakan lencong yang terus masuk ke gawang Valencia dan satu tindakan yang tidak terjangkan gagal diselamatkan Jaume Domenech.

Sungguh cantik bola yang dilencongkan daripada kaki kanan Kroos. Enak sekali.

Sepakan penjuru pantas Kroos ini mengingatkan kembali kepada tindakan sama yang dilakukan Alexander-Arnold yang menghasilkan gol membawa Liverpool ke final.

Tetapi Kroos terus meletakkan bola ke dalam gawang untuk gol pertama Real Madrid.

Los Blancos mara ke final selepas menewaskan Valencia 3-1 apabila ISco dan Luka Modric menambah lagi dua gol.

Gol saguhati Valencia dijaringkan oleh Dani Parejo dan Real Madrid mara ke final.

Real Madrid XI: Courtois, Carvajal, Ramos(C), Varane, Mendy, Casemiro, Kroos, Valverde, Modrić, Isco & Jović.

Bench: Areola, Militão, Marcelo, James Rodríguez, Rodrygo Goes, Vinicíus Júnior, Mariano Díaz.#MMLive

Baca Juga

Baca Juga