Kroos Kritik Cara Ozil Bersara, Dakwa Tiada Isu Perkauman Dalam Kem Jerman

Pemain tengah Real Madrid, Toni Kross mengkritik ‘cara’ yang digunakan Mesut Ozil dalam mengumumkan persaraan beliau dari arena antarabangsa dan mendakwa isu perkauman tidak wujud sama sekali dalam kem Jerman.

Berikutan penyingkiran awal Jerman dari Piala Dunia 2018, Ozil merupakan antara pemain yang menjadi sasaran utama peminat atas kegagalan pasukan Jerman mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka di Brazil empat tahun lepas.

Kroos mendakwa Ozil tidak patut bersara menggunakan cara yang dilakukannya kerana beliau telah banyak berjasa kepada negara dan patut menerima lebih penghormatan

Ozil dan seorang lagi pemain Jerman berketurunan Turki, Ilkay Gundogan menerima kritikan dari pelbagai pihak selepas perjumpaan dengan Presiden Turki, Tayyip Erdogan sebelum bermulanya Piala Dunia 2018.

Kesetiaan Ozil dan Gundogan terhadap Jerman telah dipertikaikan pihak media dan terdapat desakan dari pihak tertentu yang mahu mereka berdua dikeluarkan dari skuad Piala Dunia yang akan beraksi di Russia ketika itu.

Tidak lama selepas tersingkirnya Jerman, Ozil mengejutkan dunia bola sepak dengan mengumumkan persaraan beliau dari arena antarabangsa walaupun baru sahaja berusia 29 tahun.

Ketika membuat pengumuman tersebut, Ozil mendakwa beliau menghadapi masalah perkauman dan berasa dirinya tidak dihormati berikutan isu gambar beliau dengan Erdogan. Ozil juga mendakwa Persekutuan Bola Sepak Jerman tidak menghulurkan sebarang sokongan terhadapnya ketika isu tersebut meletus.

Ozil dikritik keruk kerana bergambar dengan Erdogan selain menjadi kambing hitam di Russia

Akan tetapi, rakan senegara Ozil,  Toni Kross berkata Ozil tidak patut bersara menggunakan cara tersebut dan beliau sepatutnya menerima lebih penghormatan atas jasa beliau kepada Jerman sebelum ini.

“Secara dasarnya, Ozil berhak menyarung jersi kebangsaan dan sebagai pemain, beliau sepatutnya menerima penghormatan yang lebih baik ketika bersara.”

“Tetapi cara yang digunakan Ozil ketika mengumumkan persaraannya tidak patut berlaku dan tidak betul.”

“Sebahagian kenyataan beliau yang ditulis dengan baik dan betul telah ‘dibayangi’ kenyataan mengarut dari pihak beliau.”

“Saya rasa Ozil pon tahu isu perkauman dalam pasukan kebangsaan dan DFB tidak wujud sama sekali.”

Kroos masih lagi laparkan kejayaan dan mahu bergelar pemain paling berjaya dalam sejarah Jerman

Kroos yang kini berusia 28 tahun berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah selama 3 musim berturut-turut bersama Real Madrid, tetapi Kross tidak bercadang untuk mengikut jejak langkah Ozil dan mensasarkan untuk beraksi di Euro 2020 bersama Jerman.

“Saya akan terus bersama skuad kebangsaan sehingga Euro 2020 dan telah meletakkan sasaran untuk bergelar pemain paling berjaya dalam sejarah.”

“Saya mempunyai perbincangan yang baik dengan Joechim Low. Kita akan mencari jalan penyelesaian bersama-sama supaya saya dapat mencipta kejayaan bersama kelab dan negara.”

BACA:  Premier League: Tiga Assist Paling Jahat Terjadi Minggu Ini