KSI Anggap Logan Paul Akan Berjaya Untuk Tewaskan Mike Tyson

KSI telah menegaskan yang seteru Youtuber beliau, Logan Paul mampu untuk menewaskan legenda boxing, Mike Tyson seandainya mereka berdua dipertemukan di atas gelanggang.

Logan Paul yang kini berusia 26 tahun itu berjaya mengheret Floyd Mayweather untuk beraksi sehingga lapan pusingan ketika perlawanan pertunjukan mereka di Hard Rock Stadium, Miami, Florida bulan lalu.

Beliau walau banyak mengelak dan memeluk Mayweather, namun tetap masih boleh dipuji kerana tak tumbang dan bertahan sehingga ke pusingan terakhir perlawanan tersebut.

Youtuber sensasi dari Amerika yang menerima pulangan sungguh lumayan ketika bertarung dengan Mayweather itu, telah mendakwa yang beliau boleh tewaskan Iron Mike kalau mereka dipertemukan.

KSI merupakan individu pertama yang bertarung dengan Paul dalam karier boxing profesionalnya, ketika kedua-dua mereka dipertemukan dalam satu perlawanan blockbuster pada tahun 2019 di Staples Center di Los Angeles.

KSI ketika bercakap dalam podcast milik Paul Brothers

Logan Paul sayangnya telah tewas dalam perlawanan pertama karier profesionalnya ketika bertemu KSI sebelum berjaya mengelak dari tumbang ketika bertemu Mayweather bulan lalu.

Youtuber dan rapper yang kini berusia 28 tahun itu telah menolak tepi perseteruan antara beliau dan Paul, dengan beliau merasakan Logan akan berjaya untuk menewaskan Iron Mike andai mereka dipertemukan.

“Orang tak akan faham yang kita juga berlatih seperti seorang petinju professional.”

“Dan Tyson bukan muda lagi, bukan petinju yang garang ketika karier kemuncaknya dahulu.”

Jelas KSI.

Bercakap dalam podcast milik Paul, KSI kemudian menyatakan:

“Bro, antara kamu dan Tyson, saya rasa kamu boleh kalahkan Tyson.”

“Saya tahu orang akan kata, ‘oh apa gila dengan JJ?’ Tapi, bro, kamu perlu ingat satu hal yang ini bukan Tyson yang masih berusia 18 tahun, ini Tyson yang sudah berusia 55 tahun.”

“Dia legenda, itu satu hal penting, tapi orang tak akan faham yang kita berlatih sama seperti petinju lain, korang semua kena ingat, kitorang akan masuk ke dalam gelanggang itu dengan seluruh dunia melihat kitorang.”

“Semua orang kata kita tak boleh lakukan semua ini, kita tak boleh lakukan itu, tapi kamu rasa adakah kami akan masuk dalam gelanggang tu, lepas tu rasa macam, ‘oh kami Youtuber, jadi kami sekadar cuba jelah buat apa boleh.”

“Tak bro, tak mungkin, mencuba ni sama macam Deji Olatunji (adik KSI), dia fikir dia boleh keluar dari semua hal hanya dengan melakukan hal yang minimum.”

“Dia fikir, ‘saya sudah cukup kuat, saya ada sedikit teknik, saya sepatutnya mampu untuk hanya lakukan saja, tapi bro, ketika kami masuk ke gelanggang kami rasa seperti kami gladiators.”

“Kami perlu buktikan kepada semua orang yang kami boleh bertarung, dan kami akan lakukannya, dan tidak ada sesiapa yang boleh cakap buruk dan ketika kami lakukan, semua orang akan, ‘oh kami tak jangka seperti itu’. Tapi tolong lah, kami Youtuber dan itulah bagaimana cara kami.”

Paul baru-baru ini pernah ditanya adakah beliau bersedia untuk bertarung dengan Tyson, dengan Youtuber sensasi itu menjawab beliau sudah sangat bersedia untuk bertarung dan menang.

Walau bagaimanapun, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Logan selepas ini mungkin akan beraksi bertemu dengan legenda UFC, Anderson Silva.

Peminat Terpukau Melihat Kekuatan Tumbukan Mike Di Usia 55 Tahun

Mike Tyson telah menunjukkan kekuatan dan kepantasan tumbukannya yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika sedang menjalani sesi latihan.

‘Iron Mike’ berjaya menewaskan Roy Jones Jr dalam satu perlawanan pertunjukan pada November tahun lalu dan beliau ketika ini sedang mencari lawan yang sesuai untuk bertarung dengannya pada tahun ini.

Tyson berjaya mengekalkan kekuatan dan kemampuan yang sama walau sudah berusia 55 tahun dan baru-baru ini Michael Benson dari talkSPORT telah memuat naik video yang menunjukkan bagaimana kuatnya Mike ketika melakukan latihan tumbukan.

Bunyi yang keluar setiap kali beliau hanyunkan penumbuk jelas membuatkan sesiapa saja akan berasa gentar dan menggigil.

Walaupun perlawanan profesional terakhirnya adalah pada 15 tahun lalu, Tyson sehingga kini masih mempunyai kelajuan tumbukan yang sangat luar biasa untuk seorang yang berusia sepertinya.

Para peminat memberikan pelbagai reaksi selepas melihat kemampuan, kekuatan dan kelajuan tumbukan Mike Tyson itu.

Beliau jelas masih layak untuk dianggap sebagai ‘Baddest Man on the Planet”.

Logan Paul ketika selepas tamat perlawanan beliau bertemu Mayweather, beliau telah menyebut nama Mike Tyson dan dengan beraninya mengakui beliau akan menang mudah andai bertarung dengan legenda tinju berusia 55 tahun itu.

“Seseorang menyebut nama Mike Tyson, saya rasa macam kelakar. Dia hanya pernah cemerlang sekali sahaja. Atau adakah dia memang hanya boleh bertarung sekali sahaja?”

Jelas petinju amatur yang ketika ini berusia 26 tahun itu.

“Peguam saya sebut tentang itu dan dia macam, ‘Tidak, Tyson akan kalahkan kamu, kamu tak akan ada peluang.”

“Saya pula rasa macam, ‘bro, saya dah lalui semua itu, kamu tak boleh kata yang saya tak boleh kalahkan Mike Tyson. Bro, dia dah tua, tua.”

Namun kalau lihat pada kemampuan Iron Mike pada ketika sekarang, sepertinya dengan mudah beliau akan mampu untuk tumbangkan Logan Paul.

Sumber: SPORTbible

BACA:  "Sekali Lempang Saja"- Logan Paul Pernah Tumbangkan Gergasi 350lb