Kumpulan bagi Piala Thomas dan Piala Uber

Malaysia diundi bersama Korea Selatan, England dan Jerman dalam Piala Thomas yang akan diadakan di Kunshan, China dari 15 sehingga 22 Mei ini.

2016_Thomas_&_Uber_Cup_logo

Malaysia berpeluang cerah untuk layak ke suku akhir memandangkan hanya Korea Selatan merupakan pencabar utama dalam kumpulan tersebut.

Pasukan wanita pula bakal berhadapan pasukan gergasi China, Denmark dan Sepanyol dalam Piala Uber.

Berikut adalah kumpulan bagi Piala Thomas dan Uber edisi 2016.

Piala Thomas

Kumpulan A: China, Jepun, Perancis, Mexico

Kumpulan B: Indonesia, India, Thailand, Hong Kong

Kumpulan C: Korea Selatan, Malaysia, England, Jerman

Kumpulan D: Denmark, Chinese Taipei, New Zealand, Afrika Selatan

Piala Uber

Kumpulan A: China, Denmark, Sepanyol, Malaysia

Kumpulan B: Korea Selatan, Chinese Taipei, Mauritius, Amerika Syarikat

Kumpulan C: Thailand, Indonesia, Bulgaria, Hong Kong

Kumpulan D: Jepun, India, Australia, Jerman

Baca Juga

Baca Juga