Kurang Seminggu Hina Pique Melalui Lagu Shakira Jana RM10.82 juta

Kurang seminggu menghina bekas pasangannya, Gerard Pique melalui lagu yang dimuat naik ke pelbagai platform pada 12 Januari 2021, Shakira kini sudah menjana pendapatan sebanyak RM10.82 juta ($2.5 juta).

Pique dan Shakira telah berpisah tahun lalu namun pada tahun ini kisah mereka mula menjadi bualan media merentasi sempadan kerana Shakira penyanyi tersohor dan Pique pula bekas pemain bola sepak legenda.

Shakira bekerjasama dengan penerbit dari Argentina, Bizarrap untuk menerbitkan lagu yang berjudul ‘BZRP Music Sessions #53’ yang dengan pantas meraih 63 juta tontonan dalam 24 jam dan ketika artikel ini ditulis jumlah tontonan sudah melepasi 130 juta.

Lagu itu merupakan sebuah cerita dari Shakira mengenai hubungannya bersama Pique, intipati cerita itu adalah sisi gelap hubungan mereka dengan aib Pique telah dibuka kepada umum.

Inilah antara lirik dalam lagu ‘BZRP Music Sessions #53’ nyanyian Shakira dalam bahasa Latin :

“Ini untuk saya memalukan anda, mengunyah dan menelan supaya ia tidak menyengat, saya tidak akan kembali kepada anda lagi walaupun anda menangis atau merayu kepada saya.”

“Saya faham bukan salah saya mereka kecam awak, saya hanya buat muzik, maaf saya percikkan awak.”

“No hard feelings babe. Saya mengucapkan selamat maju jaya dengan apa yang dipanggil pengganti saya. Saya pun tak tahu apa yang berlaku, awak buat macam pelik sampai saya tak kenal awak.”

Dari lagu itu yang baru lima hari dilancarkan, Shakira dilaporkan telah menjana pendapatan sebanyak $512,000 daripada YouTube, $500,000 daripada Amazon Music, $360,000 daripada Spotify dan $1,200,000 daripada Apple Music.

Dicampurkan pendapatan dari semua platfom ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada $2,500,000 bersamaan RM10.82 juta. RM2 juta lebih sehari sejak 12 Januari 2023.

‘Te felicito’ ialah satu lagi lagu yang turut dikeluarkan dengan sindiran secara halus kepada Pique dan penyanyi lagu ikonik di Piala Dunia 2010, Wakakakakakaka meraih $10 juta.

Secara keseluruhannya, dengan lagu ‘Monotonia’ berusia hampir tiga dua bulan yang menampilkan Ozuna diambil kira, dianggarkan Shakira telah menambah tambahan $15 juta lagi untuk muzik mengenai hubungan masa lalunya.

Tiga lagu berkisar kepada hubungannya dengan Pique, Shakira telah meraih $27.5 juta bersamaan duit Malayasia RM119.03 juta. Pecahan pendapatan Shakira melalui tiga lagu mengenai Pique:

1. BZRP Music Sessions #53 – – $2.5 juta
2. Te felicito – $10 juta
3. Monotonia – $15 juta

Dalam lirik lagu BZRP Music Sessions #53, Shakira dilaporkan mengutuk teman wanita baru Pique, Clara Chia Marti yang berusia 23 tahun dengan lirik yang berbunyi:

“Anda menukar Ferrari dengan [Renault] Twingo” dan “Anda menukar Rolex dengan Casio”.

Baris lain dalam trek diss liar termasuk:

“… banyak masa di gim, tetapi otak anda juga memerlukan sedikit kerja”. Takda otak terus dibaginya.”

Tidak mungkin Pique yang lantang bersuara hanya akan berdiam diri selepas lagu baharu Shakira yang terkutuk itu telah mendapat tontonan lebih ratusan juta.

Casio yang telah disebut dalam lagu tersebut telah membuat satu kenyataan yang lucu bagi mempertahankan jenamanya dengan satu ciapan yang agak kejam. Casio menulis:

“Dalam usaha kami mempertahankan diri sebagai jenama Casio, bateri kami bertahan lebih lama daripada hubungan Pique dan Shakira.”

Jenama jam yang terkenal dengan ketahannya itu juga telah mengambil keputusan untuk memberi tajaan kepada Gerard Pique dan seperti batu loncatan untuk jenama itu menjadi sebutan ramai.

Selepas mendapat tajaan dari Casio untuk kejohanan bola sepak 7 sebelah, Kings League yang dibawah kelolaannya, Pique dirakam memandu kereta Twingo keluaran Renault ketika pergi ke tempat kerja.

Pique sepertinya mahu menjadikan lirik lagu ‘tukar Ferrari kepada Twingo’ sebagai satu kenyataan dan serangan balas dari Pique ini membuatkan ramai pecah perut.

BACA:  Gerard Pique Umumkan Persaraan Dari Arena Antarabangsa