Kurt Angle Dan Beberapa Bintang Lain Rasmi Dilepaskan Oleh WWE

Kurt Angle merupakan penggusti legenda dalam WWE dan beliau juga antara salah seorang ahli dalam dewan kemasyuran(Hall Of Famer) untuk syarikat pimpinan Vince McMahon itu.

Pertama kalinya dalam sejarah, acara WWE terpaksa diadakan dalam keadaan tanpa penonton. PPV WrestleMania yang dilangsungkan pada bulan lalu juga di adakan secara tertutup.

Hal ini terjadi ekoran dari penularan virus Covid-19 yang semakin memburuk di seluruh dunia dan Amerika antara yang paling teruk terkesan.

Rentetan dari itu, pihak WWE pada Rabu lalu telah mengumumkan bahawa mereka akan melepaskan bintang-bintang sedia ada untuk selamatkan krisis kewangan syarikat.

Kurt Angle dan Rusev antara bintang terkenal yang terpaksa dilepaskan atas permasalahan yang berlaku kini.

WWE secara rasminya melepaskan beberapa bintang mereka seperti Sarah Logan, Epico Colon, Primo Colon, Mike Kenellis, Maria Kenellis, Zack Ryder dan No Way Jose.

Drake Maverick, Curt Hawkins, Luke Gallows, Karl Anderson, EC3, Eric Young, Heath Slater dan Lio Rush sudah dilepaskan lebih awal dari yang lain.

Hari yang gelap dan suram untuk WWE, begitu ramai bintang yang terpaksa dilepaskan kerana terkesan dengan penularan virus Covid-19.

Hal seperti ini juga pertama kali berlaku dalam sejarah WWE. Bintang-bintang yang dilepaskan itu juga antara yang masih aktif dan masih beraksi sehingga kini.

Selain penggusti, beberapa orang kuat dibelakang tabir turut dilepaskan oleh WWE seperti Lance Storm, Dave Finlay dan Shane Helms.

Kesemua krew penerbitan dilepaskan bersama dengan Kurt Angle. Pemenang pingat emas sukan Olimpik itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi sebaik dilepaskan oleh WWE:

“dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada WWE atas sepanjang tempoh saya bersama.”

“Saya memperoleh banyak pengalaman disini, dapat ramai kawan baru dan berpeluang untuk berkerjasama dengan ramai orang-orang berbakat.”

“kepada semua penggusti, teruskan usaha kalian untuk menghiburkan kesemua peminat WWE seluruh dunia semampu anda semua.”

“Mereka semua adalah peminat terbaik di dunia.”

Rusev turut memuat naik status di lama Twitter miliknya dengan menyatakan:

“Terima kasih semua, Rusev out!”

Sementara itu, Drake Maverick individu pertama yang dilepaskan oleh WWE turut memuat naik satu video penuh emosi di laman twitternya.

Krisis Ekonomi yang dasyat sedang dilalui oleh WWE sekarang. Mungkin ini adalah jalan terbaik yang perlu mereka lakukan untuk kelangsungan syarikat.

Sejak dari virus Covid-19 mula melanda dunia, rancangan mingguan WWE termasuk PPV mereka diadakan secara tertutup tanpa penonton.

Mungkin WWE terpaksa menanggung kerugian yang tinggi ekoran dari itu lalu terpaksa membuat keputusan melepaskan beberapa bintang mereka.

Berita duka dari dunia gusti, dan ada kemungkinan akan ada lagi beberapa bintang yang bakal dilepaskan selepas ini.

Semoga WWE dapat keluar dari krisis yang melanda mereka kini dan virus Covid-19 segera hilang agar dunia kembali pulih seperti biasa.

BACA:  Peminat Terhibur Melihat Riddle Tunggang Unta Di Acara Crown Jewel