Kylian Mbappe Menerima Standing Ovation Dari Penyokong Real Madrid

Kylian Mbappe menerima standing ovation dari para penyokong Real Madrid menjelang sepak mula aksi leg kedua di pusingan 16 terbaik saingan Champions League awal pagi tadi.

Real Madrid berjaya menewaskan Paris Saint Germain 3-1 di Santiago Bernabeu awal pagi tadi, seterusnya melayakkan diri mereka ke peringkat suku akhir dengan keputusan aggregate 3-2.

​Mbappe berjaya menjaringkan satu-satunya gol ketika aksi leg pertama di Parc des Princes sebelum ini, dengan PSG ketika itu menewaskan Real Madrid 1-0.

Ketika pengumuman nama kesebelasan utama kedua-dua pasukan diumumkan, para penyokong bersorak dan memberi penghormatan kepada Kylian Mbappe ketika namanya disebut.

Bintang handalan Perancis itu turut diberikan standing ovation ketika beliau berjalan masuk ke padang, dan jelas sekali hal itu mungkin akan bantu melembutkan hatinya agar sudi ke Santiago Bernabeu musim hadapan.

Kylian Mbappe sememangnya hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas ini.

Kontrak beliau bersama PSG akan tamat pada penghujung musim ini, dengan gergasi Sepanyol itu sedang mengintai peluang untuk mendapatkan pemenang Piala Dunia itu menerusi perjanjian perpindahan percuma musim panas nanti.

Pemain berusia 23 tahun itu jelas sekali menjadi wira dan nadi utama skuad PSG dari awal beliau ditandatangani oleh kelab pada tahun 2017 yang lalu.

Beliau berjaya menjaringkan 42 gol dari semua pertandingan pada musim lalu dan turut cemerlang menjaringkan 25 gol sepanjang musim ini.

Beliau turut berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan ini, namun hat-trick dari Karim Benzema menggagalkan usaha PSG untuk mara lebih jauh.

Hat-trick Benzema bantu Real Madrid tendang PSG keluar dari saingan Champions League

Karim Benzema berjaya mencatatkan hat-trick yang sungguh menakjubkan ketika membantu Real Madrid menewaskan Paris Saint Germain 3-1 awal pagi tadi.

Real Madrid melayan kunjungan Paris Saint Germain ke Santiago Bernabeu untuk aksi leg kedua, pusingan 16 terbaik saingan Champions League.

Kemenangan ini secara tak langsung membantu Los Blancos menendang PSG keluar dari saingan Champions League musim ini selepas mereka mara ke peringkat suku akhir menerusi aggravate 3-2.

Kylian Mbappe membuka tirai jaringan untuk Paris Saint Germain dalam perlawanan ini, selepas beliau cemerlang meledak satu-satunya gol ketika aksi leg pertama sebelum ini.

Pada aksi babak kedua, pasukan tuan rumah berjaya melakukan comeback, dengan Karim Benzema cemerlang memikul Real Madrid ke peringkat suku akhir.

Beliau berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 permainan, selepas cemerlang memanfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh Gianluigi Donnarumma.

Vinicius Jr berjaya set up bola yang cantik untuk Benzema yang kemudiannya tenang menggunakan side foot untuk memastikan bola berakhir dalam gawang gol lawan.

Pemain kebangsaan Perancis itu kemudiannya berjaya mengubah kedudukan menjadi 2-1 selepas beliau cemerlang menyempurnakan bola umpanan dari Luka Modric.

Pemain berusia 34 tahun itu kemudiannya melengkapkan hat-trick beliau pada minit ke-78 permainan, seterusnya mengesahkan kemenangan 3-1 Real Madrid menewaskan Paris Saint Germain.

Hat-trick tersebut juga membantu Karim Benzema untuk menjadi pemain paling tua dalam sejarah saingan Premier League yang mampu mencatatkan hat-trick.

Real Madrid berjaya mengesahkan tempat untuk beraksi di peringkat suku akhir dengan menyingkirkan Paris Saint Germain di pusingan 16 terbaik.

Agak malang untuk Paris Saint Germain kerana mereka sekali lagi tersingkir di pusingan kalah mati, selepas mendahului di halaman sendiri.

Lionel Messi jelas sekali merupakan antara pemain yang paling teruk dihentam kerana gagal untuk bawa kelab mara lebih jauh dalam kejohanan musim ini.

Paris Saint Germain telah menandatangani deretan bintang-bintang terhebat dunia pada jendela perpindahan musim panas lalu, namun malangnya barisan pemain tersebut gagal bantu kelab untuk membawa pulang Piala idaman mereka.

Real Madrid jelas sekali tidak dianggap sebagai calon kegemaran untuk mara ke peringkat suku akhir memandangkan mereka sendiri kini tidak berada di tahap persembahan terbaik.

Namun tiada siapa sangka anak-anak buah Carlo Ancelotti itu berjaya juga untuk mencatat kemenangan, seterusnya mengikuti jejak langkah Liverpool dan Bayern Munich untuk mara ke peringkat suku akhir.

Masa depan Kylian Mbappe dan Mauricio Pochettino jelas jadi tanda tanya pada ketika ini, selepas melihat Paris Saint Germain gagal untuk mara ke peringkat seterusnya.

Kylian Mbappe sebelum ini berfikir-fikir untuk sertai Real Madrid selepas kejayaan beliau membantu PSG untuk menewaskan Los Blancos di bumi Parc des Princes.

Kini, selepas Real Madrid berjaya melakukan comeback, seterusnya menendang PSG keluar dari kejohanan, sudah tentu beliau akan mempertimbangkan semula keputusan berkait masa depannya.

Sementara Mauricio Pochettino pula, memandangkan beliau masih lagi gagal bawa PSG menjulang gelaran Champions League, jelas sekali beliau berpotensi besar untuk dilepaskan oleh kelab.

Pihak kelab berusaha mendapatkan deretan pemain bintang pada musim panas lalu, dengan harapan agar Mauricio Pochettino akan memanfaatkan pemain-pemain tersebut, untuk bantu kelab membawa pulang gelaran terbesar Eropah itu.

Memandangkan pengurus dari Argentina itu gagal, beliau jelas sekali berpotensi untuk dipecat oleh pihak kelab.

Beliau sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal kembali ke saingan Premier League, untuk mengendalikan Manchester United.

Kegagalan beliau untuk mara lebih jauh di kejohanan Champions League kali ini seolah-olah membuka ruang yang lebih besar untuk beliau tinggalkan PSG dan sertai Man Utd.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Patricio Boleh Selamatkan Penalti Benzema Jika Ikut Nasihat Pepe