Kylian Mbappe Pilih 5 Pemain Calon Kegemaran Untuk Menang Ballon d’Or

Mbappe yang bermain untuk Paris Saint-Germain lebih dikenali kerana kepantasan dan kelincahannya di atas padang. Kebolehan luar biasa yang dimiliki pemain berusia 19 tahun itu menyebabkan PSG sanggup membayar £166 juta untuk mendapatkan khidmat Mbappe dari Monaco.

Bukan sahaja hebat di atas padang, tetapi juga seorang yang berhati mulia dan dermawan. Itulah Kylian Mbappe, pemain remaja sensasi yang baru sahaja membantu Perancis merangkul trofi Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah.

Mbappe tiba di Russia selaku pemain harapan Perancis dan aksi beliau sepanjang Piala Dunia 2018 berlangsung nyata tidak mengecewakan. Prestasinya memuncak sebaik sahaja Piala Dunia memasuki peringkat kalah mati.

Siapa boleh lupa persembahan beliau ketika menentang Argentina dimana Mbappe berjaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Argentina dan menjaringkan dua gol. Beliau menamatkan kempen Piala Dunia 2018 dengan 4 gol dari 7 perlawanan dan beliau juga dinamakan sebagai pemain muda terbaik edisi Piala Dunia kali ini.

Teori konspirasi antara Dida dan Mbappe

Bekas pemain antarabangsa Brazil, Ricardo Izecson dos Santos Leite atau lebih dikenali sebagai Kaka memuji kematangan yang telah dipamerkan Kylian Mbappe sepanjang Piala Dunia 2018 berlangsung walaupun baru berusia 19 tahun.

Kylian Mbappe telah dinobatkan sebagai pemain muda terbaik Piala Dunia FIFA 2018 yang berlangsung di Russia selepas berjaya membantu Perancis mara dan menjulang Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah bola sepak Perancis.

Kylian Mbappe berada di tangga ketujuh untuk anugerah Ballon d’Or tahun 2017 yang telah dimenangi idola Mbappe, Cristiano Ronaldo dan bagi tahun ini Mbappe dijangka akan berada dikedudukan lebih tinggi atau mungkin muncul pemenang Ballon d’Or.

Pemain berusia 19 tahun itu telah diminta untuk memberi nama siapa bakal memenangi Ballon d’Or tahun ini makan tanpa segan silu Mbappe memberi 5 nama iaitu Neymar, Cristiano Ronaldo, Luka Modric and Raphael Varane.

Hanya 4 nama yang diberi oleh Mbappe dan orang kelima adalah dirinya sendiri iaitu Kylian Mbappe.

“Untuk menyempurkan senarai ini, aku fikir aku patut letak diri aku sendiri.”

Pilihan Mbappe sangat menarik dan berpotensi untuk menang Ballon d’Or dan ternyata tiada Lionel Messi, pemenang kasut emas Eropah dalam pilihan beliau maka janganlah fanboys Messi melenting. Tenang is good.

FIFA juga telah mengeluarkan senarai 10 pemain yang dicalonkan untuk anugerah FIFA The Best Men Player. Kesemua pemain pilihan Mbappe untuk Ballon d’Or juga ada dalam senarai anugerah FIFA ini.

1. Cristiano Ronaldo
2. Kevin De Bruyne
3. Antoine Griezmann
4. Eden Hazard
5. Harry Kane
6. Kylian Mbappe
7. Lionel Messi
8. Luka Modric
9. Mohamed Salah
10. Raphael Varane

Ejen pertaruhan juga telah mengeluarkan senarai pemain yang dijangka memenangi Ballon d’Or dan Ronaldo berada dipuncak carta dan Mbappe berada ditempat ketiga di belakang Luca Modric.

Cristiano Ronaldo pilihan Ejen Pertaruhan

Pemain Paling Muda Menjaringkan gol di Final :

1. Pele – 17 tahun 249 hari (Piala Dunia 1958)
2. Mbappe – 19 tahun 207 hari (Piala Dunia 2018)
3. Peracio – 20 tahun 229 hari (Piala Dunia 1938)
4. Peucelle – 21 tahun 320 hari (Piala Dunia 1930)
5. Amarildo – 21 tahun 323 hari (Piala Dunia 1962)
6. Fakri Saarani – 21 tahun 323.5 hari (Piala Dunia 1832)

Pemain Paling Muda Beraksi di Final :

1. Pele – 17 tahun 249 hari (Piala Dunia 1958)
2. Bergomi – 18 tahun 201 hari (Piala Dunia 1982)
3. Mbappe – 19 tahun 207 hari (Piala Dunia 2018)
4. Varallo – 20 tahun 175 hari (Piala Dunia 1930)
5. Suarez – 20 tahun 221 hari (Piala Dunia 1930)
6. Fakri Saarani – 21 tahun 323.5 hari (Piala Dunia 1832)

Baca Juga

Baca Juga