La Liga 2019/20: Real Madrid Sah Bergelar Juara

Dengan sekali lafaz, Real Madrid telah mengesahkan gelaran juara La Liga bagi musim 2019/20 selepas menewaskan Villareal 2-1 di Alfredo di Stefano stadium.

Pesaing terdekat dan turun-temurun Real Madrid, Barcelona pula telah tewas mengejut kepada Osasuna juga dengan jaringan 2-1.

Berbaki satu lagi perlawanan, Real Madrid selesa tujuh mata di depan dan jika tewas kepada Villareal sekalipun gelaran juara tetap ditangan.

Gelaran juara ke-34 dalam sejarah La Liga buat Real Madrid.

Karim Benzema meletakkan Real Madrid di depan pada minit ke-28 dengan satu rembatan leret melepas celahan kaki penjaga gol Villareal selepas menerima hantaran Luka Modric.

Pada minit ke-72, Sergio Ramos telah dijatuhkan dalam kotak penalti dan tanpa melekit sepakan penalti dihadiahkan oleh pengadil.

Dengan dua jaringan ini meletakkan Benzema berkelebihan dua gol dihadapan Lionel Messi dalam perebutan penjaring terbanyak La Liga.

Vicente Iborra cuba merapatkan kedudukan dengan gol sundulan cantik dan indah lagi menawan namun tidak cukup untuk menghalang Real Madrid.

Safawi Spain atau nama sebenarnya Marco Asensio menjaringkan gol ketiga namun dibatalkan.

Kemenangan ke-10 Real Madrid dalam 10 perlawanan terakhir membolehkan mereka dinobatkan sebagai juara selepas tiga musim.

Thibaut Courtois bakal menjadi pemain pertama Reald Madrid memenangi anugerah Zamora dengan jumlah bolos paling sedikit di Sepanyol sejak Iker Casillas merangkul anugerah tersebut pada 2008.

Tanpa Cristiano Ronaldo, tiada masalah untuk Real Madrid bergelara juara La Liga.

Nikmatilah rakaman video pemain Real Madrid meraikan kejayaan merangkul gelaran juara La Liga buat kali ke-34.

Hala Madrid!

SOMOS CAMPEONES!

Kesebelasan Utama Real Madrid vs Villareal

Starting XI: Courtois (6); Carvajal (7), Ramos (6), Varane (6), Mendy (7); Modrić (8*), Casemiro (7), Kroos (7); Rodrygo (7), Benzema (7), Hazard (6).

Substitutes: Asensio (6), Vinícius (6), Vázquez, Isco, Valverde

Starting XI: Asenjo (6); Mario (6), Chakla (6), Torres (7), Quintillà (6); , Morlanes (6), Zambo Anguissa (7); Peña (6), Chukwueze (6), Gómez (6); Moreno (6).

Substitutes: Bruno (6), Ontiveros (6), Cazorla (6), Iborra (7), Trigueros

BACA:  Chelsea Mahu £130 Juta Untuk Eden Hazard