La Liga 2020/21: Atletico Madrid 1-1 Real Madrid

Berlangsung di waktu yang hampir sama tetapi sedikit awal dengan perlawanan Manchester Derby yang lebih komersil dan ditunggu peminat bola sepak seluruh dunia, satu lagi yang menemukan pasukan setempat berlangsung di Sepanyol.

El Derbi Madrileño atau dalam bahasa Inggerisnya the Madrid Derby yang menemukan dua pasukan sekampung iaitu Atletico Madrid dan Real Madrid serta skripnya sama mahu mengurangkan mata sang pendahulu La Liga Atletico Madrid.

Sebelum perlawanan Atletico Madrid mengemudi liga tanpa dominasi seperti Manchester City dengan kelebihan dua mata di depan Barcelona dan 5 mata di atas Real Madrid yang berada ditempat ketiga dengan kelebihan satu perlawanan.

Untuk terus memacu liga Atletico Madrid tidak boleh kehilangan mata begitu juga Real Madrid jika mahu meneruskan peluang bergelar juara kerana perbezaan tidak jauh.

Karim Benzema menjadi wira Real Madrid daripada mengalami kekakalahan dalam perlawanan yang melibatkan maruah yang berada di depan berbanding segalanya.

Jaringan lewat permainan Karim Benzema berjaya memadamkan gol awal daripada pemain buangan Barcelona, Luis Suarez dengan satu penyudah yang cantik.

Dua gol dari Benzema dan Suarez ini sangat cantik lagi padu dan penuh berseni, Suarez dengan teknik yang hebat melalui bahagian luar kaki dan Benzema melalui satu gerakan yang licik.

Keputusan seri nyata memberi kelebihan kepada Barcelona yang berada ditempat kedua namun peluang Real Masih terbuka.

Video Assistant Referee(VAR) mencipta kontroversi apabila menafikan sepakan penalti walaupun bola jelas terkena tangan pertahanan Atletico Madrid, Felipe.

Namun keputusan seri sedikit sebanyak mengurangkan impak kontroversi itu walaupun masih ada.

Luis Suarez secara peribadi telah mengumpul 12 gol dalam 18 perlawanan menentang Real Madrid. Mesra jaringan vs Real Madrid.

Atletico Madrid (3-4-2-1) Oblak; Savic, Felipe, Hermoso; Trippier, Llorente, Koke, Carrasco; Correa, Lemar; Suarez.

Substitutes: Joao Felix, Saul, Vitolo, Grbic, Vrsaljko, Kondogbia, Torreira, Dembele, Lodi.

Real Madrid (4-3-3) Courtois; Lucas Vazquez, Varane, Nacho, Mendy; Modric, Casemiro, Kroos; Rodrygo, Benzema, Asensio.

Substitutes: Vinicius, Marcelo, Lunin, Odriozola, Hugo Duro, Eder Militao, Isco, Valverde, Diego Suarez.

Referee Alejandro Hernandez.

BACA:  Seedorf Sifatkan Kehilangan Zidane Punca Kejatuhan Real Madrid, Bukan Ronaldo