La Liga 2020/21: Real Madrid 2-0 Eibar

Penyandang juara La Liga meneruskan rentak kemenangan mereka menjelang perlawanan menentang penyandang juara Premier League, Liverpool di saingan suku akhir Champions League.

Ketika ini, Atletico Madrid masih mendahului La Liga dengan kelebihan tiga mata selepas Real Madrid berjaya menewaskan Eibar.

Namun jarak mata mungkin akan kembali kepada enam selepas Atletico Madrid turun beraksi dan Barcelona juga akan memotong Real Madrid kembali.

Perlawanan berlangsung di Estadio Alfredo Di Stefano menyaksikan kemenangan mudah menjadi milik Real Madrid dan palang menjadi penghalang untuk pesta gol terjadi.

Sepakan percuma cantik Marco Asensio yang mendapat jolokan Sapawi Spain telah hinggap ke palang ketika penjaga gol Eibar, Marko Dmitrovic sudah tertewas.

Marco Asensio akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-41 dengan penyudah ketika tergelincir selepas menerima hantaran cantik Casemiro.

Pada minit ke-73, hantaran silan Vinicius Junior telah ditanduk dengan tajam oleh Karim Benzema.

Karim Benzema telah mempamerkan aksi terbaiknya dengan Real Madrid dengan menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut dengan sembilan gol.

Real Madrid: Thibaut Courtois, Eder Militao, Nacho Fernandez, Ferland Mendy, Lucas Vazquez, Casemiro, Luka Modric, Marcelo, Isco, Karim Benzema, Marco Asensio.

Subs: Andriy Lunin, Andriy Lunin, Andriy Lunin, Toni Kroos, Alvaro Odriozola, Vinicius Junior, Mariano Diaz, Rodrygo, Sergio Arribas

Eibar: Marko Dmitrovic, Alejandro Pozo, Paulo Oliveira, Anaitz Arbilla, Rafa Soares, Sergio Alvarez, Pape Kouli Diop, Aleix Garcia, Pedro Leon, Bryan Gil, Kike.

Subs: Yoel Rodriguez, Esteban Burgos, Quique, Sergi Enrich, Takashi Inui, Jose Angel, Kevin Rodrigues, Unai Dufur, Unai Arietaleanizbeaskoa, Miguel Atienza.

Baca Juga

Baca Juga