La Liga 2020/21: Valencia 4-1 Real Madrid

Valencia berjaya mengejutkan Real Madrid apabila menumbangkan gergasi La Liga itu dengan jaringan empat gol tanpa balas dan cuti rehat antarabangsa sudah pasti menjadi medan terbaik buat Real Madrid bermuhasabah diri.

Lebih mengejutkan daripada kekalahan Real Madrid ini apabila Valencia seolah-olah mendapat kemenangan percuma yang penuh dengan kemurahan hati selepas melakukan kebangkitan.

Tiga gol Valencia terhasil daripada sepakan penalti yang membolehkan Carlos Soler mencetak hatrik penalti suatu yang jarang terjadi dalam perlawanan bola sepak.

Manakala sagu gol lagi terhasil melalui jaringan sendiri Raphael Varane yang sememangnya percuma tanpa syarat.

Karim Benzema terlebih dahulu meletakkan Los Blancos dihadapan pada minit ke-23 dengan satu tendangan peluru merobek gawang Valencia.

Lucas Vasquez menjadi nadi kebangkitan Valencia apabila menghadiahkan sepakan penalti pertama selepas hantaran silang terkena tangan.

Thibaut Curtois berjaya menyelamatkan sepakan dan bekas pemain Arsenal Yunus Musah berjaya menjaringkan gol dari bola muntah tindakan susulan Carlos Soler yang terkena tiang.

Pengadil segera membuat rujukan kepada Video Assistant Referee dan kemudian sepakan semula penalti diberikan.

Carlos Soler tidak berdepan masalah kali ini untuk menyamakan kedudukan walaupun menyepak ke arah yang sama.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Raphael Varane telah tertolak bola ke gawang sendiri dan cuba mengeluarkannya.

Namun sayang bola telah melepasi garisan dan rujukan VAR memberikan gol kepada Valencia.

Pada separuh masa kedua, Marcelo pula memberi sepakan penalti kepada Valencia sebelum Sergio Ramos pula menepuk bola.

Carlos Soler telah melengkapkan hatrik penalti dan menjadi pemain pertama melakukan hatrik penalti di La Liga dalam abad ke-21.

Tiada kad merah untuk Real Madrid dalam perlawanan ini walaupun tiga penalti diberikan. Agak ajaib semua penalti bukan dari kekasaran yang nyata.

Kekalahan telah menyebabkan Real Madrid kehilangan mata dan mampu untuk menjadi peneraju carta liga jika terus mencatatkan kemenangan.

Valencia starting XI: Jaume, Wass, Paulista, Guillamon, Gaya, Musah, Soler, Racic, Cheryshev, Maxi, Guedes.

Real Madrid starting XI: Courtois, Vazquez, Varane, Ramos, Marcelo, Valverde, Isco, Modric, Vinicius, Asensio, Benzema

BACA:  Luka Modric Dinamakan Pemain Lelaki Terbaik UEFA, Tewaskan Ronaldo & Salah