La Liga 20202/21: Atletico Madrid 1-0 Barcelona

Atletico Madrid berjaya menewaskan Barcelona yang terus-menerus berada dalam prestasi tak menentu dalam saingan La Liga sekaligus meletakkan pasukan Catalan itu ditangga ke-10 dengan perbezaan 9 mata dengan pendahulu.

Yannick Carrasco menajringkan satu-satunya gol tunggal perlawanan pada penghujung separuh masa pertama dan itu sudah cukup untuk Atletico Madrid berkongsi mata dengan Real Sociedad yang gayat di takhta La Liga.

Angel Correa membawa bola ke atas dan menghantar bola kepada Yannick Carrasco, namun penjaga gol Barcelona, Marc Andre Ter Stegen telah melakukan sesuatu yang luar akal.

Marc Andre Ter Stegen dilihat berlari secara berani mati meluru ke arah Yannick sebelum terciduk dan gawang golnya dibolosi dengan gol yang terkangkang luas.

Cubaan Marc Andre Ter Stegen untuk menjadi Manuel Neuer tenyata gagal dan mengundang padah apabila gol terhasil dan lebih perit itu satu-satunya gol dalam perlawanan ini.

Penjaga gol Jerman itu seharusnya lebih bersabar dan kekal di posisinya memandangkan masih ada tiga pemain Barcelona yang mampu memberi tekanan dan menghalang Yannick Carrasco.

Dalam perlawanan ini, Barcelona telah kehilangan pertahanan tengah mereka, Gerrard Pique selepas mengalami kecederaan di lutut kanan, ujian lanjut dilakukan bagi memastikan tahap kecederaan.

Atlético Madrid XI: Oblak; Trippier, Savic, Giménez, Hermoso; Marcos Llorente, Koke, Saúl, Carrasco; João Félix, Correa

Barcelona XI: Ter Stegen; Sergi Roberto, Piqué, Lenglet, Jordi Alba; Pjanić, De Jong; Dembélé, Messi, Pedri; Griezmann

Baca Juga

Baca Juga