Semasa kecil Alexandre Lacazette telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang penjaga gol yang menghalang gawang dari dibolosi tetapi cita-citanya itu mendapat halangan dari ibunya yang tercinta lagi dirindui selalu.
Kini pemain penyerang Arsenal dan Perancis itu telah menjadi perobek gawang yang digeruni serta berfungsi dengan jayanya sekaligus menyebabkan cita-citanya itu hancur berkecai di tengah padang.
Pemain yang dibeli Arsenal dari kelab Ligue 1, Lyon itu telah mendedahkan cerita yang menyedihkan ini kerana cita-citanya dihalang oleh orang tua kerana menganggap bermain di posisi penjaga
gol sangat bahaya.
“Aku sukan bermain sebagai penjaga gawang ketika aku masih kecil tapi mak aku tak berkenan sangat sebab baginya menjadi seorang penjaga gol sangat merbahaya kena pulak jenis main tonjol macam kau, pecah muka.” ujar Alexandre Lacazette.
“Ibu aku bagi pilihan samada main sebagai penyerang atau tak payah main langsung, main je guli kat rumah.”
Berpegang kepada falsafah ‘Kasih ibu membawa ke syurga, kasih awek membawa ke ranjang’ Alexandre Lacazette patuh kepada permintaan ibunya yang disayangi itu dan dengan pantas Lacazette mampu menjadi seorang penyerang yang bagus.
Berkat doa seorang ibu ketajaman Lacazette tidak dapat dibendung lalu membuatkan beliau selalu berasa simpati kepada pihak lawan yang menjadi mangsa. Lembut benar hatimu Lacazette.
“Kadang kala aku rasa malu dan bersalah dengan pihak lawan jika dalam perlawanan itu terdapat perbezaan gol yang begitu besar. Tapi benda ini bukan selalu terjadi.” Luah Lacazette tentang kehebatannya itu.
“Aku harus bijak membawa diri, Aku agak pendiam dan kini pun masih macam tu. Aku hanya suka bermain bola sepak dengan kawan-kawan.
“Jika kami kalah, sudah tentu aku sudah kena pulak admin The Sukan letak lagu kat highlight. Aku akan menangis jika terjadi walau sedikit benda-benda negatif. Jangan bimbang, kini semuanya telah berubah.”
Terima kasih kepada ibu Lacazette kerana memantau anaknya lalu nampak potensi anaknya sendiri. Tidak seperti segelintir ibu bapa zaman sekarang kerja nak salahkan Cikgu je.