Lagenda Bola Sepak Menasihati Pedro Supaya Menjauhi Manchester United

Bekas penyerang Barcelona, Hristo Stoichkov memberi amaran kepada penyerang Sepanyol, Pedro supaya menolak tawaran dari Manchaster United untuk berhijrah ke Old Trafford dan bermain dengan perancangan Louis van Gaal.

Pedro
Pedro

Media hari ini melaporkan, kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu berminat untuk mendapatkan khidmat Pedro bagi mengantikan Angel di Maria yang baru menyertai Paris St-Germain dengan jumlah perpindahan £44.3 juta (RM275.7 juta).

Stoichkov, 49, yang pernah bermain di bawah kendalian van Gaal ketika bersama Barcelona.

Justeru, dia tahu benar apa yang berlaku di situ.

“Saya takkan mahu berada di bawah arahan pengurus Belanda itu lagi,” katanya.

Menurut Stoichkov andainya Pedro membuat keputusan berhijrah ke Old Trafford, masa depannya sebagai pemain bola sepak akan berakhir.

Dalam peringatan kepada Pedro itu juga Stoichkov membidas pengurus Manchester United, Louis van Gaal sebagai seorang perancang yang cuma bertahap sederhana.

“Ramai pemain meninggalkan kelab mereka disebabkan van Gaal. Dia memusnahkan kelab yang dikendalikannya. Dia memusnahkan Barcelona,” katanya.

Disebabkan kerosakan dibuat van Gaal, Stoichkov berkata, Barcelona mengambil masa bertahun-tahun untuk membina semula kelab itu menjadi pasukan dihormati.

Pemenang anugerah Ballon d’Or pada 1994 itu juga mengecam Manchester United walaupun mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama EPL Sabtu lalu.

“Van Gaal membelanjakan £200 juta (RM1.2 bilion) untuk Manchester United dan kemudian saya lihat perlawanan pertama kelab itu. Hancur! Van Gaal menang kerana jaringan gol sendiri pasukan lawan,” katanya.

BACA:  Barca Bakal Tamatkan Kontrak Pemain Yang Tak Mahu Meninggalkan Kelab Pada Musim Panas Ini